Oleh kerana memakai gelang merah jambu dan pasangan yang berada di kawasan parkir Bukit Bendera telah membuat orang ramai telah tersalah tafsir.
Ramai yang menyangka pasangan tersebut berstatus di bawah Pengawasan (PUS) Covid-19.
Orang awam telah mengambil gambar dan membuat laporan polis
Walau bagaimanapun, pasangan berkenaan sebenarnya memakai gelang daripada sebuah kedai haiwan peliharaan dengan tulisan ‘Husky And The Gang’
Memetik laporan Berita Harian, orang awam telah mengambil gambar pasangan berkenaan sebelum membuat laporan polis.
Menurut, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu pada 2 Ogos, pihaknya menerima aduan orang awam yang melihat seorang lelaki dan wanita memakai gelang merah jambu di kawasan parkir bukit peranginan itu pada jam 3.25 petang.
Pasangan itu tiada rekod jenayah lampau
Ujar beliau, pengadu kemudian mengambil gambar pasangan berkenaan lalu membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum identiti mereka dikesan.
“Siasatan mendapati, lelaki berusia 21 tahun itu bekerja sebagai operator kilang dan tinggal di Permatang Tengah, Butterworth”.
“Manakala wanita berusia 22 tahun dari Sungai Puyu, Butterworth itu pula bekerja sebagai pembantu kedai dan mereka adalah pasangan kekasih serta tiada rekod jenayah lampau,” katanya kepada NSTP, hari ini.
Gelang tangan merah jambu itu bertulisan Gusky And The Gang
Mengulas lanjut, Soffian berkata, siasatan polis mendapati, pada jam 12.30 tengahari hari berkenaan, pasangan itu mendakwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini.
Pasangan itu kemudiannya dipakaikan tag atau gelang tangan berwarna merah jambu bertulisan ‘Husky And The Gang’ oleh pekerja kedai terbabit.
Pasangan tersebut tidak pernah ke luar negara
Oleh kerana pasangan itu mahu ke kedai haiwan berkenaan semula pada sebelah malam, mereka tidak menanggalkan gelang terbabit, mengikut syarat yang ditetapkan premis itu.
“Pasangan itu mengakui bahawa mereka adalah individu di dalam foto tular berkenaan serta mengakui tidak pernah ke luar negara”.
“Mereka berada di kaunter stesen keretapi Bukit Bendera pada jam 3 petang pada hari berkenaan dan menunggu giliran selama satu jam bagi membeli tiket”.
“Berikutan menunggu terlalu lama, mereka mengambil keputusan untuk beredar sebelum pergi ke pusat beli belah Queensbay,” katanya lagi.
Orang ramai perlu patuhi SOP
Soffian berkata, semakan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati nama kedua-duanya tiada dalam senarai PUS atau diarahkan menjalani kuarantin di rumah.
“Sehubungan itu, individu yang perlu menjalani kuarantin di rumah diminta mematuhi arahan berkenaan dan orang ramai juga perlu terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta penjarakan fizikal di tempat tumpuan awam,” katanya lagi.