Keselamatan kanak-kanak merupakan tanggungjawab yang sangat perlu dititik beratkan oleh penjaga atau kedua ibu bapanya.
Apatah lagi apabila dia ‘selamba’ bermain di jalan raya dan sememangnya ia sangat berbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai risiko kemalangan sama ada kemalangan yang kecil atau yang lebih serius.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak perempuan terlihat sedang duduk di bawah treler yang ketika itu sedang berhenti di lampu isyarat.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @dato69nadi77 memaparkan budak perempuan itu sangat tenang duduk di atas besi yang terdapat di bahagian bawah treler sambil menghayun-hayunkan kakinya tanpa berasa takut.
Sangat mengerikan namun netizen ‘berang’ kerana perakam hanya mampu merakam tanpa menegur tindakan budak perempuan itu.
Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1 Juta tontonan, 53.1K tanda suka, 2639 komen dan 1432 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dek kerana perakam hanya merakam tanpa membuat sebarang tindakan walaupun menyedari ianya merupakan satu perbuatan yang berbahaya.
Namun dalam masa yang sama, ada juga yang menyebelahi perakam tersebut kerana kanak-kanak itu merupakan masyarakat Palauh yang ramai sudah faham dengan cara mereka di sekitar Sabah.
Berikut merupakan komen dan pandangan warga maya:
“ini di Sabah normal ya gais”
“kalau di tegur tambah mengejek lg tu dorang..”
“kalau tak calar, cermin pecah haha aku pernah kena masa dekat Sabah, tingkap pecah sebab bapak aku tegur”
“kenapa tak marah dia bang.. bahaya lah..”
Mengulas lanjut, Kanak-kanak itu juga dipercayai bukan warga tempatan dan berasal daripada kumpulan etnik Palauh.
Untuk pengetahuan umum, etnik Palauh adalah satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara.
Mereka tinggal di dalam bot atau pondok yang dibina di atas air dan sering berpindah- randah di perairan Filipina dan Indonesia.
Bila ditegur, takut membahayakan keselamatan kita. Tapi bila dibiarkan, kita pula yang risau dengan keselamatan mereka.
Jadi nak tak nak, kita sendiri yang kena berhati-hati apabila terjumpa dengan kumpulan etnik ini.
Harap ada pihak kerajaan Sabah boleh mengambil tindakan yang wajar bagi membendung perkara ini,