Connect with us

Selebriti

Tular Kes Jatuh Dari Tingkat Atas Mall, Ini Teguran PU Azman Buat Netizen

Sejak beberapa hari lepas, berita kes jatuh dari bangunan semakin banyak didengari di kaca TV. Namun, tiada siapa yang tahu kenapa dan mengapa mangsa membuat tindakan sebegitu.

Malahan, netizen juga tidak terlepas dari membuat spekulasi mereka sendiri berkenaan isu tersebut. Sedangkan lagi elok hanya berdiam diri dan tidak menimbulkan sebarang fitnah dan syak wasangka orang lain.

Oleh sebab yang demikian, pendakwah selebriti Pu Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man ini tampil dan meminta jasa baik netizen untuk tidak membuat andaian mereka sendiri berkenaan kes terjatuh yang berlaku baru-baru ini.

Memetik laporan Gempak, PU Azman juga menasihatkan orang ramai yang melihat sepatutnya mendoakan kesejahteraan mangsa dan mengambil iktibar daripada kejadian.

“Kita mengetahui secara asasnya membun*h diri merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar, itu kita wajib tahu dan Allah tidak akan menurunkan ujian melebihi kemampuan seseorang”

“Namun kita sendiri tidak tahu apa punca dan sebab mereka membun*h diri, jadi jangalah kita sesekali memberi sebarang komen yang tidak jelas tetapi ambillah iktibar daripada kejadian”

“Hanya dia (pelaku) yang tahu apa dilaluinya sehingga mendorong diri mereka untuk membun*h diri. Jadi kepada yang menonton dan mengetahui hal itu elok mendoakan kesejahteraan dia disana”

“Menurut hadis Nabi; janganlah kau mencaci maki mereka yang telah mati, kerana mereka sudah mendapatkan balasan terhadap apa yang dia lakukan ketika hidupnya,” katanya kepada Gempak.

“Dalam kalangan netizen, mungkin ada segelintir yang terlajak penulisan dalam memberikan pendapat terhadap orang yang mati membun*h diri. Perkara begitu hendaklah dielakkan dan kita perlu mengawal diri kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat”.

“Sebagai masyarakat yang prihatin, jika melihat kenalan kita sedang stress, berilah mereka satu semangat positif dan elak menjadi toksik supaya kejadian buruk seperti membun*h diri ini tidak berlaku” ujarnya.

Cik Man juga menjelaskan membuat andaian terhadap mangsa itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan untuk diri sendiri.


Sekadar info, sebelum ini kecoh di dada akhbar dimana ada individu bertindak terjun dari tingkat atas bangunan KLCC membuatkan ramai yang memberikan pelbagai spekulasi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.