Connect with us

Viral

Tular Lelaki Solat Di Tengah Jalan, Netizen Puji Polis Trafik Kawal Lalu Lintas

Umum sedia maklum, solat itu perlulah disegerakan dan elakkan untuk melambat-lambatkan solat, namun begitu kita juga harus ingat bahawa Islam sangat menitik beratkan dan memerintahkan kita menjaga nyawa dan jiwa tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.

Sama juga seperti kejadian baru-baru ini dimana seorang lelaki nekad bersolat di tengah jalan raya telah menjadi tular di media sosial.

Menerusi video yang ‘viral’ itu, kejadian tersebut dipercayai belaku di Jalan Kuching, semalam.

Video yang berdurasi selama 29 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang bersolat di atas jalan raya sambil tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Dengan rasa tanggungjawab demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain, Anggota polis trafik yang berada di situ terpaksa ‘turun padang’ bagi memantau lalu lintas yang sesak itu gara-gara tindakan lelaki tersebut.

Sikap prihatin polis trafik tersebut berjaya meraih pujian ramai kerana mengawal lalu lintas di jalan berkenaan sambil menunggu lelaki tersebut selesai solat.

Namun setakat ini, motif kejadian masih tidak dapat dikenal pasti dan rata-rata warga netizen hairan mengapa dia membuat keputusan untuk solat di tengah jalan raya sedangkan dua buah pam minyak ‘Shell’ dan ‘Petronas’ yang menyediakan surau kecil untuk solat cuma berada bersebelahan lelaki tersebut sahaja.

Video tersebut berjaya meraih 15k views di facebook. Orang ramai berharap agar perkara sebegini tidak berulang lagi supaya tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, ‘salute’ pada anggota polis trafik yang gigih membantu mengawal lalu lintas semalam.

Video tular di laman Facebook

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.