Connect with us

Viral

Tular Perkongsian Ibu Kahwin Lelaki Muda,12 Tahun Jarak Usia Dengan Anaknya Raih Perhatian Netizen!

Jodoh itu rahsia Tuhan, tanpa mengira siapa mahupun usia mereka. Dan sebenarnya ramai sahaja pasangan yang pengantin lelakinya lebih muda daripada pengantin perempuan, malah ianya normal sahaja dalam kalangan masyarakat kita.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, bagaimana pula jika pengantin lelaki itu usianya jauh lebih muda daripada anak pengantin perempuan?

Begitulah kisah tular yang dikongsikan oleh pengguna platform TikTok @ecacuwitcawer yang dipercayai anak kepada pengantin perempuan tersebut.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik, ibunya yang berusia 60 tahun itu bercinta dengan ayah tirinya yang baru sahaja berusia 23 tahun.

“Tulah, siapa suruh bagi mama bercinta lepas bercerai, kan dah dapat ayah muda,” tulisnya di dalam ruangan video yang tular tersebut.

Difahamkan perkongsian itu berjaya mencuri perhatian ramai kerana percintaan mereka yang mempunyai jarak umur yang sangat jauh perbezaannya.

Sehinggakan mereka dipanggil ke rancangan Mingguan Wanita untuk berkongsikan kisah mereka yang menarik itu kepada orang ramai.

Tambahnya lagi, kemudia dia pula berjumpa dengan jodohnya selepas ibunya bernikah dengan ayah tirinya itu.

Apa yang membuatkan warga netizen lebih terkejut adalah apabila umur ayah tirinya itu 5 tahun lebih muda dari suaminya dan 12 tahun lebih muda dari dirinya.


“Pastu kita pulak dapat jodoh & mama, abie dapat menantu.

“Jadilah kisah suami muda masing-masing, doakan kami,” katanya lagi.

Namun begitu, sesungguhnya usia bukanlah penghalang kepada setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga masing-masing.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa usia hanyalah angka. Apa yang penting, dia mampu jaga pasangannya dengan cukup baik.

Antara komen netizen:

“apa la sgt ada pd umur, hanya angka semata. yang penting saling menghormati dan berksih syg hgga ke akhirnya🥰”

“xkisah laa laki muda ka tua… janji dia jaga mak elok², sudah…👍”

“sy pun muda dr suami 14 tahun,anak² juga dah bsar dan ade menantu juga, Alhamdulillah anak² terima baik ayah diorang..”

Video TikTok yang tular:

@ecacuwitcawer semua dah tertulis 🫶 #suamimuda #pengantinviral ♬ suara asli – hierapsz.

Continue Reading
Advertisement