Connect with us

Viral

Tular Rakaman Wanita Warga Rohingya Minta Makanan ‘Free’, Tindakan Tegas Peniaga Ini Raih Pujian Netizen

Amalan bantu membantu antara satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakat sangatlah penting bagi menjamin keharmonian negara. Walau bagaimanapun, kita juga hendaklah tahu membezakan hak kita agar tiada mana-mana pihak berani untuk mengambil kesempatan ke atas diri kita.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, negara kita dibanjiri dengan warga asing terutamanya etnik Rohingya sehinggakan mereka bertindak mengambil kesempatan dengan menjadi pengemis di beberapa lokasi tumpuan.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan semakin biadab dan kadangkala kelihatan mereka mereka pula memarahi rakyat tempatan jika permintaan mereka diendahkan.

Buktinya, baru-baru ini tular satu rakaman video yang memaparkan dia sedang berhadapan dengan seorang pengemis di salah satu lokasi bertempat di ibu kota.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman TikTok @suhaimi4567 itu, kelihatan seorang pengemis dipercayai warga Rohingya berselendang hitam putih itu menutup wajahnya bagi mengelakkan dirinya dikenali.

Dapat dilihat dia dikatakan meminta makanan daripada peniaga (perakam), sambil memegang tisu yang dipercayai barang jualannya semasa mengemis.

Bagaimanapun, peniaga tersebut enggan memberikannya secara percuma dan meminta wanita tersebut agar membayar makanan yang diminta dengan menggunakan wang yang diperolehnya.

“Bak (bagi) sini duit… mana you punya duit. Tak ada duit, tak ada. Sekarang semua barang tak ada free punya, semua kena bayar.

“You minta duit sana sini, sekarang you lagi nak minta dengan saya makan,” tegas peniaga itu kepada wanita tersebut.

Ekoran itu, wanita tersebut kelihatan seperti merengus dan marah sebelum berlalu pergi meninggalkannya.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut menyokong tindakan peniaga yang tegas dengan peminta sedekah dalam kalangan etnik Rohingya.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan operasi penguatkuasaan kerana golongan tersebut dilihat semakin ramai dan semakin berani.

Antara komen netizen:

“…bila lah nak operasi..masuk perlarian .. bawa kad snng je minta ..”

“bagus actually wat gitu.😅 sbb dulu i penah kene jual tissue area situ (assignment).shari min 100++ xsmpai brapa jam.so dy de je tu duit😏”


“kite susah pun xmemintk cri sndri ni dorang senang je nk mintk kt org ..ap nk jdi n mlysia skrg ni😌”

Video TikTok yang tular:

@suhaimi4567 #foryoupage ♬ original sound – Sang kaya

Continue Reading
Advertisement