Aktiviti memancing merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan. Oleh itu, sdah pasti mereka akan fokus kepada pemilihan lokasi yang bersesuaian.
Selain menjadi kepuasaan kepada para pemancing setelah mendapat hasil tangkapan, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi tidak kiralah di sungai mahupun di lautan.
Ada yang menjadikan aktiviti memancing ini salah satu daripada hobi mereka untu menghilangkan bosan tatkala waktu lapang dan ada juga yang memancing untuk mencari rezeki.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor mencuri perhatian ramai.
Namun apa yang lebih menarik adalah baginda berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan seekor ikan Jenahak seberat 2.5 kilogram seekor.
Agong juga sempat bertegur sapa dengan rakyat yang sama-sama memancing pada ketika itu sebelum kembali memancing semula.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berseloroh mengatakan Tuanku Agong telah ‘terkena’ dan berseloroh mengatakan tiada jalan keluar lagi untuk hobi berkenaan.
Hal ini kerana, selalunya mereka yang sudah kenal joran dan berjaya menaikkan ikan ke darat pasti akan mengulangi lagi hobi tersebut.
Antara komen warga maya:
“Dia sudah kena racun laahh.. susah lah nak patah balik kalau sekali terjebak..”
“Habis la tuanku.. tak ada jalan keluar kecuali bini panggil”
“Hobi ni payah nak patah balik tuanku.. dan teracun nampak..”
“Hobi yang langsung tak jumpa jalan keluar..”
Video yang tular di laman TikTok: