Tidak dinafikan setiap anak seni pasti mempunyai peminat mereka tersendiri menyebabkan mereka sering menjadi perhatian apabila berada di tempat awam.
Bagaimana pun, ada juga yang memilih untuk tidak terlalu mesra dengan peminat bagi mengelakkan diri daripada menjawab ‘soalan panas’ ataupun berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini oleh kerana ‘terlalu fanatik’.
Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Mamak Putih atau nama sebenarnya Muhammad Ikhtiarudin Naina Mohamad kelihatan sangat ramah melayan orang awam mencuri perhatian ramai.
Mula mencipta nama dalam dunia seni dengan menceburi diri menjadi pelawak, dia juga merupakan salah seorang anggota kumpulan terkenal, Puteh yang mana turut bergandingan dengan pelawak, Ali Puteh malah memenangi maharaja lawak mega 2016.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @amoishell0306 di TikTok, dapat kita lihat Mamak Putih berada di sebuah stesen minyak dan sedang mengisi minyak kenderaannya berwarna hitam.
Pun begitu, apa yang membuatkan ramai teruja adalah apabila mamak terus tersenyum dan mengangkat tangan setelah menyedari dirinya dirakam salah seorang individu di situ.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap Mamak Puteh yang dikatakan langsung tidak sombong dan mendabik dada walaupun dirinya seorang selebriti.
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang berkongsi pengalaman dimana turut terserempak dengan Mamak Puteh di tempat awam dan akui pelawak itu sememangnya peramah.
Antara komen warga maya:
“Sporting man rajalawak”
“Tak sombong sempat angkat tangan..”
“Mamak kalau jumpa tegur dia sengih ketawa je dia”
“Sempoi orangnya.. last aku terjumpa dia masa tu dia bawa wira.. alhamdulillah rezeki dia melimpah ruah..”
“Fuhh idola mamak”
Video yang tular dilaman TikTok: