Connect with us

Viral

Tular Wanita ‘Dirasuk’ Dalam Bas, Netizen Kongsi Kisah Misteri Di Kawasan Gua Tempurung

Baru-baru ini tular sebuah video tentang seorang wanita dirasuk dalam bas ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Penang_kini di TikTok, kelihatan wanita berkenaan sedang duduk di dalam bas sambil menari.

Walaupun wanita tersebut tidak sedar akan tindakannya namun lenggok tarinya yang begitu gemalai membuatkan keadaan pada ketika itu menjadi lebih seram.

Difahamkan, nsiden tersebut berlaku di Gua Tempurung ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Wanita terbabit dipercayai ‘dirasuk’ ketika bas berada di kilometer 317 menghala ke utara.

“Alhamdulillah, mangsa pulih selepas 15 minit bas berhenti di R&R Simpang Pulai.”

Video yang tular di laman TikTok:

@penang_kiniBas ekspress dalam perjalanan KL ke Penang. Kemungkinan dirasuk oleh ‘sesuatu’ dalam bas semasa di dalam perjalanan.”Tarian apakah ini.??. Start menari dalam bas dari km 317 arah ke utara… Alhamdulillah mangsa pulih selepas 15 minit bas berhenti di R&R simpang pulai..” – Helmi Pilot Bus♬ original sound – Penang Kini

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 786.3K tontonan, 29.5K tanda suka, 1520 komen dan 3604 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi didapati daripada warga netizen tentang video tersebut dan ada yang turut ‘meremang’ bulu roma melihat wanita itu yang menari lemah lembut gemalai.

Bagaimana pun, kelihatan ramai warga netizen tampil ‘membongkarkan’ kisah mesteri yang berlaku di Gua Tempurung, Perak.

Bukan itu sahaja, malah difahamkan, seringkali berlaku kemalangan jalan raya membabitkan kematian yang mengerikan.

“Pernah nampak ramai pakai jubah putih.. berhenti rehat jgn kt gua tempurung..”

“Memang kalau area rnr Gua Tempurung tu ‘panas’ sikit.”

“Area situ memang ada perkampungan orang bunian..”

“Patutnya selekoh, tiba jalan berkabus dan jadi lurus. lepas azan, elok lak jalan tu”


“Adik aku pon pernah nak kene culik bunian situ haritu..”

“Pernah nampak benda tu berdiri atas jejantas dengan rambut panjang”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.