Connect with us

Viral

Tular Wanita Positif C19 Bersalin Sendiri, Ini Kenyataan Hospital

Kes positif wabak pandemik di negara kita semakin meningkat saban hari bagai tiada penghujung. Manakala kes kematian juga masih tinggi setiap hari.

Namun apa yang lebih membimbangkan, jangkitan wabak ini pada wanita hamil adalah sangat berbahaya.

Jika hamil, berkemungkinan untuk dimasukkan ke ICU adalah 2 kali ganda dan kemungkinan anda diberikan bantuan pernafasan adalah 3 kali ganda.

Terbaru, tular mengenai pendedahan seorang wanita yang terpaksa bersalin seorang diri di katil hospital.

Dikenali sebagai Noor Aziah yang juga hamil 39 minggu merupakan seorang pesakit positif virus tersebut.

Wanita sarat mengandung itu telah dibawa ke dewan bersalin di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk menunggu sebelum dijadualkan bersalin secara pembedahan.

“23.07.2021 – di sah kan positif c19 masa dalam Labour room tgh tgu masa melahirkan baby masa tu jam 4.40pm results PCR keluar dan positif c19.

“5pm nurse doctor dtg pakai kan kelengkapan utk operation.. Doctor x benar kan bersalin normal.. 5.40pm nurse doctor kuar tingal sdiri dlm dlm labour room asing khas utk pesakit c19..”

Semasa menunggu, wanita itu tiba-tiba terasa ingin bersalin. Walau bagaimanapun, panggilan dan jeritannya tidak dilayan kakitangan hospital dan akhirnya berjaya melahirkan bayinya itu seorang diri.

“6pm perut mula rasa sakit sikit.. Cuba mengereng kan badan.. Masa ni ada darah kuar boleh tahan banyak.. Mula ingat kan terkencit sebab rasa nak berak..

“Rupanya darah yg kuar.. 6.03pm rasa memulas sangat² perut rasa nak terberak. Cuba pgl nurse doctor lg 1x… Tapi hampa.. diorg tak layan..

“Masa ni tawakal 100% dan berserah pd Allah.. Usap perut cakap “ya Allah andai diri sy tak dpt di selamat kan.. tolong selamat kan baby sy..” sambil Usap perut..

“Lepas tu sy mengucap 2kalimah syahadah, bc ayat kursi, dgn lailahainnalaanta subahannakainnikumtum minal zolimin 3x,

“Angkat kaki xsempat angkat byk.. Baru angkat Sikit baby da kuar sy teran x sampai 2 saat.. jam 6.03pm alhamdulilah selamat melahirkan ank..

“Tanpa bantuan doctor atau nurse.. Hampir terjatuh baby dr katil sebab katil jenis tilam terasing 2.. Syukur sy tahan baby guna ke dua belah kaki sy sdiri dan baby berpaut pada kaki sy.”

Apa yang lebih menghampakan, apabila Aziah turut mendakwa terdengar gelak tawa beberapa petugas berkenaan sedangkan panggilannya sewaktu itu langsung tidak berjawab sama sekali.

“Hampir 10 minit menjerit mengunakan sisa² tenaga yg ada sy pagl nurse dan doctor.. Tapi hampa sy dgr jelas suara² meraka sedang ketawa² di luar..

“Akhirnya sy doa ya Allah ko bantu la aq… Sy jerit paling kuat sampai nak terkeluar ank tekak rasa perit sgt² tekak masa tu..

“Sy pgl “nurse doctor tolong la sy ank sy da keluar ni” 3x juga ulang.. Akhirnya dtg sorg nurse buka pintu kecik jengah sy.

“Dia jerit ke kawan² lain eah dia da bersalin la.. Ingat kan kenapa la Jerit² td.. Allah masa tu rasa sayu sgt² hati sy..”

Walaupun wanita itu telah menghapuskan perkongsian tersebut dari akaun Facebook miliknya namun ianya sempat di salin dan di tampal di beberapa page dan blogger sehingga menarik perhatian banyak pihak.

JKNK akui dakwaan 

Menerusi satu kenyataan rasmi daripada Jabatan Kesihatan negeri Johor, pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru mengakui kebenaran dakwaan wanita tersebut.

Tambah pihak hospital, mereka menjelaskan bahawa aduan Noor Aziah itu berasas.

Walau bagaimanapun, pihak JKNJ memaklumkan proses bersalin berlaku lebih awal dari jangkaan pihak hospital.

Namun begitu, pihak HSI menafikan suara ketawa yang dimaklumkan tetapi suara tersebut datang dari bilik bersalin berhampiran memandangkan berlaku proses kelahiran secara vacuum.


 

“Dia perlu ditempatkan di ruang isolasi yang tertutup (kerana positif). Proses bersalin berlaku di luar jangkaan…ia berlaku lebih awal daripada tempoh jangkaan bersalin enam jam. Pesakit telah bersalin secara bersendirian dan bayi didapati berada di atas katil pesakit.”

“Bagaimanapun, JKNJ akan menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai kejadian ini dan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan,” kata Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.