Connect with us

#MalaysiaBaru

Tun Mahathir Bukan Lagi Pengerusi Bersatu – ROS

Peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 24 Februari lalu adalah sah.

Perkara tersebut telah disahkan oelah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menerusi satu surat yang dikeluarkan agensi tersebut, lapor Berita Harian.

ROS turut menjelaskan bahawa pemangkuan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin atas jawatan pengerusi parti itu juga sah.

Surat itu memaklumkan, Muhyiddin boleh memangku jawatan itu hingga diadakan semula pemilihan pengerusi selaras dengan perlembagaan BERSATU.

“Berdasarkan dokumen yang dikemukakan – iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, ROS mengesahkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi BERSATU adalah sah.

“Pemangkuan jawatan Pengerusi BERSATU oleh Muhyiddin, Presiden BERSATU adalah juga sah dan masih berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan BERSATU sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru,” jelas surat itu.

Surat itu menjelaskan, Muhyiddin boleh memangku jawatan itu berdasarkan artikel 16.9 perlembagaan BERSATU yang membenarkan keputusan itu dibuat.

ROS juga memaklumkan penilaian ini dibuat berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.

Beberapa pemimpin BERSATU sebelum ini menyatakan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi BERSATU tidak sah dan bekas Perdana Menteri itu masih menyandang jawatan itu hingga kini.

Pada bulan Februari lepas, Tun Mahathir telah meletakkan jawatan Pengerusi BERSATU selepas tidak berpuas hati dengan pendirian partinya yang keluar dari Pakatan Harapan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.