Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain hari ini dipecat daripada parti BERSATU.
Berdasarkan laporan dari Malaysiakini, kelima-lima mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.
Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.
Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut dipecat.
Tun Mahathir sebelum ini merupakan pengerusi Bersatu, manakala Mukhriz merupakan timbalan presiden parti itu.