Connect with us

Selebriti

Tunai Umrah Di Mekah, Neelofa Mohon Maaf Di Twitter

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa telah berangkat ke Tanah Suci Mekah hari ini untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya .

Di dalam satu posting di akaun Twitter peribadinya, pengacara program Meletop itu turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua yang mengenalinya selama ini seandainya dia ada melakukan kesilapan sepanjang perkenalan.

Heroin drama bersiri Red Velvet itu juga memohon semua pihak mendoakan segala urusan ibadah dia dan ahli keluarganya di sana dipermudahkan.

“I’m leaving for umrah insyaAllah today with my family.  I would like to apologize should I hurt anyone’s feelings with my words and actions.

“May Allah ease everything for me and my family and may we come back a better person, insya-Allah,” tulisnya.


Kebanyakan peminat Neelofa di Twitter turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Neelofa berjalan lancar.

Sebelum ini, Neelofa telah menunaikan haji pada tahun 2016 ditemani kedua ibu bapanya. Neelofa berkongsi beberapa keping foto ketika menunaikan ibadah untuk tatapan para peminat menerusi laman Instagram miliknya,

Selain ditemani ahli keluarga, pengasas dan pemilik tudung Naelofar Hijab juga ditemani oleh bekas isteri pelakon Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shanti Khan.

Malah menurut sebuah laman gosip tempatan, Vie juga merupakan teman sebilik Neelofa ketika di Makkah.

Difahamkan pelakon ini sudah dua kali mengerjakan umrah. Kesempatan menunaikan haji pada kali ini dimanfaatkan sebaik mungkin.

Meskipun demikian, timbul pelbagai desas-desus yang mempersoalkan bagaimana Neelofa begitu mudah mendapat peluang menunaikan haji.

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, Neelofa sempat memohon doa daripada para peminatnya agar dipermudahkan segala ibadah dan mendapat haji mabrur menerusi pengurusnya, Mohd. Amer Shafiq Khalip.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.