Rindu yang teramat dalam adalah rindu kepada orang yang telahpun pergi buat selama-lamanya. Sebab tu bak kata orang, selagi masih bernyawa, ciptalah kenangan bersama kerana sememangnya kenangan tidak pernah ada tarikh luput.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang juru gambar sepenuh masa berkongsi tentang sebuah situasi dimana seorang suami sebak apabila perlu bergambar dengan hanya bertemankan potrait isterinya mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, isterinya telahpun meninggal dunia sebelum tibanya bulan Ramadhan gara-gara jangkitan wabak C-19 dan kanser.
“Rindu yang tiada penghujung.. Isteri abang ni baru sahaja meninggal sebelum bulan ramadan akibat c-19 + kanser.. mereka adalah ex-client wedding saya.. hajat isterinya nak bergambar raya bersama 1 keluarga di studio saya”
Dapat kita lihat, lelaki tersebut berulang kali mengusap air matanya malah tangan tidak jemu memegang potrait isterinya itu. Dia juga terlihat cuba untuk menguatkan hati bagi menunaikan hajat isterinya bagi bergambar bersama keluarga dengan tema kuning lembut.
“Arwah minta keluarganya semua berbaju kuning lembut kerana itu warna kesukaannya” ujarnya lagi.
Juru gambar ini juga sempat merakam reaksi sayu ayahnya yang hanya mampu menatap anak perempuanya melalui potrait sahaja.
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan kata-kata semangat buat lelaki tersebut dan juga ahli keluarganya agar terus kuat atas ujian yang diberikan.
Bukan itu sahaja, para netizen juga akui sebak melihat reaksi suami dan bapanya yang hanya mampu menatap isteri dan juga anak melalui potrait.
Antara komen warga maya:
“fyp pagi2 nangis akak tengok.. terus kuat..”
“dengan saya sekali ikut sebak.. tiba2 jatuh air mata..”
“saya pun kehilangan 4 org ahli keluarga akibat c.. selang berapa hari ja sorang2 meninggal..pertama Kali raya berdua dgn ank ja”
“menangislah sepuas-puasnya.. rindu yang takde penghujung”