Connect with us

Viral

Tunang Kantoi ‘Buat Hal’, Lelaki Ini Menangis & Berjalan Seorang Diri Di Kawasan Sunyi Buat Ramai Sebak

Setiap pasangan yang menjalinkan ikatan percintaan pasti menginginkan hubungan kekal hingga ke fasa seterusnya iaitu membina bahtera perkahwinan.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, ada juga hubungan yang akhirnya terputus di tengah jalan oleh kerana pasangan tiba-tiba berubah hati.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki menangis kecewa dan berjalan berseorangan apabila mengetahui tunangnya ‘buat hal’ mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jarrr00, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan di satu kawasan yang agak sunyi.

Dapat juga kita lihat seorang individu menghampiri lelaki tersebut untuk bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam keadaan yang masih lemah dan sedih, dia memaklumkan tunangnya telah ‘buat hal’ dan meninggalkannya.

Walaupun tidak diceritakan dengan lebih terperinci namun jelas apa yang dilakukan oleh tunangnya itu memberi tamparan yang hebat buat lelaki ini sehingga terduduk melutut di tepi jalan mengenangkan sikapnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan lelaki tersebut yang benar-benar kecewa apabila orang yang dia sayang pergi meninggalkannya.

Bukan itu sahaja, netizen juga salute dengan sikap individu yang menghampirinya itu kerana cuba menenangkan lelaki ini. Menurut ruangan komen dan juga pakaian yang dipakai oleh individu itu, ada yang mendakwa dia merupakan seorang polis.

Antara komen warga maya:

“Kesiannye.. kuat bang..”


“Sedihnya.. bila ada yang setia dapat yang menduakan.. mesti dia sayang sangat..”

“Dapat rasa sakit tu.. jangan terlalu sayang somene nanti akan jadi macam ni.. saya doakan semoga awak baik2 saja..”

“Kau kena kuat.. kau akan jumpa lagi elok dari yang sekarang..”

“Ujian bertunang.. semoga dipertemukan kebahagiaan untuk dia..”

Video yang tular di laman TikTok:

@jarrr00Masalah-masalah pening

♬ original sound – – Ibu punya ✨

@jarrr00 Replying to @ℯ ♬ original sound – – Ibu punya ✨

Continue Reading
Advertisement