Connect with us

Semasa

Tunjuk, Henti & Samun, Taktik Baru Penjenayah Anda Harus Berwaspada

Jenayah berada dimana-mana, kita harus sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Banyak jenayah berlaku disekeliling kita tanpa kita sedari. Berjalan dikawasan awam dan sunyi antara pilihan mereka melakukan jenayah ini.

Mereka tidak mengira usia dan tempat, jika ada peluang untuk melakukannya, pasti mereka gunakan sebaik mungkin.

Pelbagai taktik digunakan oleh mereka bagi memperdaya orang awam antaranya golongan tua, perempuan yang berseorangan dan orang awam yang ada dikawasan yang sunyi.

Terbaru, satu amaran dikeluarkan dikongsikan di laman sosial Facebook Polis Kedah mengenai amaran taktik terbaru jenayah yang berlaku.

Satu taktik baru iaitu Tunjuk, Henti dan Samun. Mereka ini akan memperdaya anda dengan menunjuk ke arah tayar kereta seolah-olah ia mengelami kerosakan.

Apabila anda mula bimbang dan memberhentikan kenderaan anda, mereka akan mula menyamun anda ketika itu.


“Sentiasa berwaspada, taktik yang digunakan penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya”.

TAKTIK YANG DIGUNA PAKAI PENJENAYAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

2. Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

3. Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

4. Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

5. Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta atau melakukan samun.

NASIHAT DARI POLIS :

> Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven dan stesen minyak 24jam.

> Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

> Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

> Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

> Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.

Sentiasalah berwaspada ketika anda didekati dengan orang yang tidak dikenali dan semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.