Penceramah bebas yang tak pernah letih membuat kerja amal, Ustaz Ebit Lew, hari ini berkongsi pertemuannya dengan KDYMM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ustaz Ebit meluahkan rasa sebaknya apabila TMJ berkenan menerima mengadap.
Malah, TMJ turut menawarkan untuk menaja semua team Ustaz Ebit untuk menunaikan umrah serta menghadiahkan RM200,000 untuk misi bantuan Ebit Lew.
“Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tunku berkenan menerima mengadap.
“Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya.
“Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tunku dalam Kembara Johor.”
Dalam masa sama, Ustaz Ebit turut berbincang bersama TMJ bagaimana untuk membantu orang susah dan juga menjaga agama Islam.
“Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.
“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa.
“Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga.
“Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya.
“Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.
“Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami.”
Rata-rata para pengikut Ustaz Ebit di laman Facebook meluahkan rasa syukur di atas keprihatinan TMJ atas usaha dan misi bantuan Ustaz Ebit Lew.