Connect with us

Viral

TV Canggih Jatuh Berkecai, Budak Lelaki Nyaris Dihempap Buat Netizen Seram

Peralatan seperti gadget atau barang elektronik pada masa kini semakin canggih. Manakan tidak, Tv yang pada dahulunya tebal kini semakin menipis dan mudah untuk dibawa.

Yang dahulunya diletakkan di atas meja kini boleh digantung bahkan boleh dipusing-pusing!

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah televisyen canggih ‘pecah seribu’ setelah ianya jatuh secara tiba-tiba mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @imasalsuzaima, pada awalnya rakaman Kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di dalam rumah itu memaparkan anaknya sedang memusingkan Tv tersebut mengikut kesesuaian.

Difahamkan anaknya ingin duduk di atas sofa untuk menonton Tv namun apa yang mengejutkan adalah Tv tersebut jatuh sewaktu anaknya pergi mengambil makanan.

Anaknya yang ketika itu terkejut dan hanya dapat melihat perkara tersebut malah mujurlah dia tidak ada di hadapan TV itu kerana jika tidak ianya boleh menyebabkan kecederaan.

Menurut wanita ini, dia sama sekali tidak marah pada anaknya kerana ketika itu anaknya berada di dapur dan dia juga menyifatkan dia masih mempunyai kewarasan akal fikiran.

Menerusi video lain, Dia telah pun membeli Tv yang baru namun yang lebih murah daripada Tv asal yang bernilai RM 8K itu dan dia juga telah membuat kabinet baru yang tidak boleh dipusingkan lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@imasalsuzaima Reply to @imasalsuzaima ♬ original sound – ima_salsuzaima

@imasalsuzaima Reply to @suzairhazmi ♬ Future – Official Sound Studio

@imasalsuzaimaterobek je lah.. tv baru pasang 3 hari jatuh gedebuk sekali dgn papan perabotnya😅♬ original sound – ima_salsuzaima

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menarik lafas lega apabila anaknya tidak berada di hadapan TV tersebut malah netizen juga meanggap nilai Tv tersebut kecil jika nak dibandingkan dengan anak.

Antara komen warga maya:

“nasib anak tak ada kat situ masa kejadian”

“nasib tak kena anak-anak. TV boleh beli baru, anak tak boleh ganti..”

“nasib baik budak kecik tu tak dekat dengan TV”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.