Connect with us

#MalaysiaBaru

Tweet Guna iPhone, Dua Pekerja Huawei Diturunkan Pangkat dan Gaji Dipotong

Sebelum ini kecoh di Twitter mengenai isu ucapan tahun baharu daripada syarikat Huawei yang menghantar tweet menggunakan iPhone.

Insiden yang amat memalukan itu telah diketahui oleh orang ramai dalam masa yang singkat sahaja dan menjadikan tanda ‘via Twitter for iPhone’ sebagai bahan kecaman yang mempersoalkan kredibiliti telefon bimbit syarikat tersebut sendiri.

Setelah isu tersebut tersebar, Tweet tersebut telah dipadam serta-merta dan dua pekerja yang bertanggungjawab diatas Tweet tersebut telah diturunkan pangkat dan dipotong gaji.

Perkara itu dipercayai berikutan dengan usaha negara tersebut untuk menggunakan produk tempatan berbanding produk yang dikeluarkan oleh negara luar seperti Apple dari Amerika Syarikat.

Kejadian itu dikatakan terjadi disebabkan pekerja berkenaan mengalami masalah VPN pada komputer.

Ini menyebabkan pekerja tersebut terpaksa menggunakan iPhone dengan SIM roaming untuk tweet tersebut.

Satu memo telah dikeluarkan oleh Naib Presiden syarikat tersebut yang mengatakan kecuaian pekerja tersebut telah memberi impak negatif sekaligus mencalarkan imej syarikat.

Insiden yang memalukan ini telah mula tersebar apabila YouTuber terkenal iaitu MKBHD berkongsi screenshot yang menunjukkan Huawei telah membuat ucapan tahun baru menggunakan Apple iPhone yang sekaligus diketahui umum melalui Twitter.


Sebelum kejadian ini, masalah melibatkan kesilapan seperti ini bukan sahaja berlaku di negara luar malah Celcom pernah ‘mempromosikan’ telco U-Mobile didalam iklan mereka.

Kecuaian yang ‘bodoh’ seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana ianya memberi kesan yang besar kepada syarikat.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.