Tanggungjawab ibu bapa adalah untuk mengajar dan mendidik anak-anak agar patuh kepada ajaran agama. Kekurangan bimbingan agama dan ketiadaan contoh teladan daripada ibu bapa boleh mempengaruhi akhlak anak-anak. Setiap ibu bapa juga mempunyai cara mereka masing-masing dalam mendidik anak mereka.
Pun begitu, sama juga dengan kisah seorang pelawak dan juga bapa kepada 6 orang anak ini yang sentiasa mendidik anak agar patuh kepada ajaran agama. Sering kali kita lihat dia dan juga isterinya berkongsi momen bersama keluarga di laman Instagram.
Baru-baru ini Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn Wati menjadi perhatian ramai kerana memuat naik video mengenai anak mereka.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @jozlynnhanania isteri Johan di laman Instagram, dapat kita lihat di dalam video itu menujukkan Johan yang sedang mengajar Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania mengaji.
Isterinya mendedahkan beberapa keping gambar dan juga video Johan yang memberi tunjuk ajar kepada anak-anaknya tetapi di video yang terakhir kedengan suara Johan sangat tegas dan garang sambil anaknya itu mengelap air mata.
Difahamkan, ramai yang ingin menghantar anak mereka belajar mengaji bersama Johan bahkan ada juga yang menawarkan diri sendiri untuk pelawak itu mengajar mereka.
“Nampak mcm bestkan? Bila post gambar or video papa ajar ngaji.. semua sibuk nak anta anak kat papa utk ajar ngaji.. siap ada yg offer diri jugak yg tua pun nak ngaji tp nak papa ajar.. huhu berani ke?”
“Tgk la dan teliti la setiap video dlm ni semua ok.. Sbg seorang isteri yg selalu di ajar juga.. sgt enjoy tp papa tegas nak mampuiihh.. atuttttt kalau bab ngaji or harfiah dia ajar.. xde nego yek.. rotan tetap kt tgn..” tulis isterinya di ruangan kapsyen.
Meninjau dia ruangan komen, rata-rata warganet di laman Instagram memberi komen yang postif dan bersetuju dengan ajaran Johan. Bagaimana pun, Ada juga netizen yang menasihati supaya tidak menggunakan kekerasan sewaktu mengajar.
Malah, video itu juga telah tular di laman Twitter dan rata-rata warganet mengkritik ajaran Johan itu.
Antara komen warganet di laman Twitter:
Antara komen warganet di laman Instagram:
“Suka tengok family Jozlyn..cara didikan sangat bagus..”
“Arwah abah kakak dulu lagi teruk..pegang tali pinggang..”
“Uish serammm”
“Macam ayah saya. Takut woo…”
Video yang tular di laman Instagram: