Sukan bola sepak adalah satu sukan yang sangat trending di serata dunia bahkan kita yang duduk melihatnya tidak kiralah di depan kaca tv mahupun di stadium, pasti dapat merasakan semangat yang sama.
Jika berada di Stadium, Macam-macam ragam yang dapat kita lihat, ada yang teruja, ada yang fokus melihat perlawanan dan ada juga yang bersorak kegembiraan.
Pun begitu, kemeriahan itu kian terasa apabila adanya pengulas sukan yang seakan membakar semangat penyokong dan pemain bola sepak!
Seperti yang kita tahu, penganjuran Piala Dunia FIFA 2022 sudah pun bermula sekaligus menampilkan Qatar sebagai tuan rumah bagi musim ini.
Kejohanan bola sepak antarabangsa tersebut bakal diadakan selama 28 hari sekaligus melibatkan 48 pasukan dari serata dunia.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah pengulas sukan yang kelihatan sangat bersemangat mengulas perlawanan tersebut.
Manakan tidak, dalam pada perlawanan sengit semalam di antara pasukan Arab Saudi menentang Argentina di Stadium Lusail, dia kelihatan sangat lantang dalam mengulas sehinggakan ramai yang turut bersemangat dan tidak bosan mendengarnya apatah lagi bila ketika salah seorang pemain Arab Saudi berjaya menendang bola ke gawang gol, ‘hos’ berkenaan terus menjerit dan akhirnya lega dengan jaringan di saat-saat akhir perlawanan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat cara lelaki tersebut mengulas perlawanan itu bahkan ada juga yang berseloroh langsung tidak faham apa yang diperkatakan susulan dia berakap dalam bahasa arab.
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat meninggalkan komen lucu dimana mereka merasa diri mereka di ‘ruqyah’ sepanjang mendengar ulasannya itu bahkan ada yang menadah tangan kerana kononnya penggunaan Bahasa Arab sepanjang aktviti tersebut kedengaran seperti sedang membaca doa.
Bagaimanapun, video asal di laman TikTok @ey_zdin sudah pun tidak tersedia namun kita boleh lihat semula ulangan perlawanan bola tersebut.
Video yang tular di laman Facebook: