Connect with us

Viral

“Umi marah ke?” Termuntah Atas Katil, Soalan Anak Hidap Kanser Tahap 4 pada Ibunya Undang Sebak Netizen

Sebagai ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Kehidupan yang selesa seperti tempat tinggal, makan dan pakai, ilmu yang mencukupi dan juga kesihatan yang baik.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, tiada siapa yang mampu mengubah takdir yang maha Esa malah perlu redha dengan segala ketentuan.

Sama juga ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak kepada wanita ini yang dikenali sebagaj Fayyadh perlu bertarung nyawa pada usia 4 tahun mengundang sebak ramai.

Difahamkan, Dia yang dahulunya mempunyai fizikal yang sihat dan mampu bergerak aktif seperti kanak-kanak lain sehingga kemudiannya dia disahkan menghidap penyakit kanser otak tahap 4.


“8 August 2022, Fayyadh diserang sawan, dia tidak demam. Dimasukkan ke Paed ICU dan telah di intubated. Masih tidak sedarkan diri. Pohon doa semua moga abang cepat sembuh. He is brain cancer fighter stage 4…” ujarnya di salam sebuah video.

Bagaimana pun, baru-baru ini tular sebuah video dimana anaknya bertanyakan satu soalan yang membuatkan ramai netizen tersentuh.

Dapat kita lihat pada ketika itu dia sedang berada di atas katil dan termuntah lalu dalam keadaan lemah dia bertanyakan kepada ibunya sama ada ibunya marah kerana termuntah di atas katil.

“Umi marah ke Umi?” Ujarnya dalam keadaan lesu.

Mendengar soalan dari anaknya itu, ibunya dengan pantas mengatakan dirinya langsung tidak marah dan menyifatkan ianya sebagai satu perkara normal lalu terus mencium anaknya itu.

“Mana ada Umi marah, biasalah ni abang muntah, takpe, okay?” ujar wanita ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan sebak sekaligus mendoakan agar budak lelaki tersebut dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui seorang ibu tidak akan sanggup melihat anaknya menderita sakit namun harus kuat dihadapan anak mereka.

Antara komen warga maya:

“Semoga Allah angkat sakit mu dik..”


“Hati seorang ibu memang sedih tapi dia tetap kuat untuk anaknya”


Video yang tular di laman TikTok:

@0azkiaaeera0 😭. Yang ternampak vtt ni, mohon doakan abang Muhammad Umar Fayyadh . Terima kasih #fypシ ♬ Ya Allah – Wali

@0azkiaaeera0 Speed recovery anakandaku Fayyadh❤ #fyp #braincancerstage4 #cancerfighter ♬ original sound – 0azkiaaeera0

Continue Reading
Advertisement