Connect with us

Viral

Umur 21 Tahun Akhirnya Dapat Adik Lagi, Pemuda Ini Genggam Tangan Ibu Alami ‘Contraction’ Sewaktu Trafik

Cahaya mata merupakan suatu bentuk rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan kepada pasangan suami isteri.

Iospital phone repair gombak

Tidak kiralah muda mahupun sudah lanjut usia, rezeki itu datang tanpa diduga.

Bagaimanapun kebanyakan wanita yang sudah menjangkau usia 40-an mengelak dari hamil kerana bimbang akan komplikasi yang kemungkinan besar boleh berlaku.

Begitulah kisah yang berlaku baru-baru ini yang tular di laman TikTok mengenai seorang ibu yang mengurniakan seorang anak tatkala umur anak sulungnya sudah pun mencecah 21 tahun.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_gneraljoe itu, dapat dilihat keadaan cemas pada waktu itu apabila mereka meredah trafik sambil menenangkan ibunya yang sedang mengalami ‘contraction’.

Kelihatan Haikal berasa sangat bimbang akan ibunya yang sedaya upaya menahan kesakitan yang teramat sangat kerana terpaksa meredah trafik.

Haikal memeluk ibunya dengan usaha cuba menenangkan ibunya itu.

Akhirnya, keluarlah seorang cahaya mata dan dapat kita lihat apabila tangan gebu bayi itu dirakam menerusi video yang sama.

Aksi Haikal mendukung adiknya yang penuh dengan kasih sayang membuatkan ramai turut tumpang gembira atas kelahiran adik bongsunya itu.

Namun apa yang pernah menarik perhatian netizen sebelum ini, video dia bersama ibunya pernah viral disebabkan wajah ibunya yang sungguh awet muda sehinggakan orang ramai tersalah sangka ingatkan dia ‘isteri’ kepada Haikal.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen berasa sebak melihat cara layanan anak sulung ini kepada ibunya.

Sehinggakan ada yang meluahkan pendapat bahawa Haikal bakal menjadi suami yang baik suatu hari nanti.

Tidak lupa juga masih ada yang menyangka ibunya itu ‘isteri’ kepada Haikal sedangkan pertalian darah mereka ialah ibu dan anak.

Antara komen netizen:

“alhamdulillah setia pada ibu itu tulus🥰.”

“kalau dia dah kawin nanti mesti dia akan layan isteri dia dengan baik sebagai mana dia hargai ibunya..”


“MasyaAllah muda nya mak awok. Ku fikir isteri.”

Video TikTok yang tular:

@_gneraljoe Replying to @Syaaa🦋 ♬ Buah Hati – Armada

Continue Reading
Advertisement