Connect with us

Kesihatan

Umur 30 Tapi Wajah Awet Muda Macam 19 Tahun, Rahsia Wanita Ini Amalkan Susu Kunyit Badam Madu.

Kulit wajah yang cantik dan mulus merupakan impian setiap wanita. Wajah yang cantik dan wanita tidak dapat dipisahkan.

Setiap dari wanita menginginkan wajah dan penampilan yang menarik.

Tidak hairanlah jika kedai alat solek atau keperluan muka seringkali penuh dengan pengunjung yang tidak putus-putus.

Malah ramai wanita sanggup berhabis besar untuk ke pusat-pusat kecantikan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik.

Kebanyakan wanita mengalami pelbagai masalah kulit yang sedikit sebanyak menganggu keyakinan diri mereka.

Wajah yang cantik mendorong mereka tampil lebih berkeyakinan terutama ketika berada dikhalayak ramai.

Seorang wanita yang berumur 30 tahun tetapi memiliki wajah dan kulit yang awet muda seperti baru berusia 19 tahun.

Beliau berkongsi rahsia bagaimana beliau berjaya memiliki kulit yang mulus dan wajah yang cantik berseri dengan mengamalkan petua tradisional.

Ramai wanita tidak menggemari petua tradisional kerana mengganggap petua itu leceh dan remeh tetapi hasil petua tradisional yang diamalkan olah saudari Afieyzea ini terbukti berkesan.

Terdapat banyak petua tradisional diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu kerana mereka tidak mempunyai pelbagai barangan kosmetik seperti zaman sekarang.

Oleh itu, mereka menggunakan bahan yang ada dirumah dan kebanyakan petua tradisional terbukti berkesan.

Mari kita bongkar rahsia seorang wanita yang bernama Afieyzea Aleeschaylee yang berjaya memiliki wajah yang mulus dan cantik dengan mengamalkan petua tradisional iaitu minum susu kunyit badam madu.

Jom ikuti perkongsian petua tradisional daripada Afieyzea Aleeschaylee

Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.

Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!

Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.. Susu Kunyit Badam Madu

Resepi Susu Kunyit Badam Madu

Bahan-bahan:

  • Susu rendah lemak
  • 1 inci kunyit ditumbuk kasar
  • 2 sudu madu
  • 3 biji badam ditumbuk kasar

Cara-cara membuatnya adalah:

  1. Mula-mula masukkan susu ke dalam periuk dan panaskan
  2. Kemudian, masukkan kunyit hidup
  3. Selepas itu, kacau perlahan-lahan
  4. Kemudian bolehlah masukkan badam.
  5. Tuang susu dalam gelas dan boleh masukkan madu.
  6. Kacau susu tadi dan boleh terus diminum.

Amalan :

Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua pembaca dan semua anda semua dapat memiliki kulit yang cnatik dan mulus. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.