Dalam masyarakat kita, biasanya umur paling disarankan untuk berkahwin adalah di antara 22 hingga 25 tahun.
Walaubagaimanapun sejak beberapa tahun lepas, berkahwin lewat sudah menjadi trend orang zaman sekarang.
Menerusi satu kajian untuk mengelakkan penceraian ataupun perpisahan dalam tempoh 5 tahun pertama, usia yang paling ideal untuk berkahwin adalah di antara 28 dan 32 tahun.
Nick Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, telah menjalankan kajian ini dan telah diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga.
Di dalam kajiannya, pasangan yang telah berkahwin antara umur 28 dan 32 tahun paling sedikit berpisah.
Wolfinger telah menganalisis data dari tahun 2006 hingga 2010, dan data dari Kajian Kebangsaan Pertumbuhan Keluarga dari tahun 2011 hingga 2013.
Baca: Bila suami pergi mengejut, macam mana dengan hutang rumah dan kereta?
“Kemungkinan perceraian berkurangan apabila anda berusia dari remaja hingga dua puluhan dan awal tiga puluhan,” tulisnya.
“Selepas itu, peluang kadar perceraian meningkat lagi, apabila anda memasuki usia lewat tiga puluhan dan awal empat puluhan.”
Analisis kajiannya menunjukkan bagi setiap tahun selepas umur 32 tahun, kemungkinan perceraian meningkat sekitar 5 peratus.
Maknanya anda mempunyai keluarga sesuai pada usia yang tidak terlalu muda, tetapi juga tidak terlalu tua.
Pastinya, ini termasuk dalam perkembangan baru, kerana ahli sosiologi sebelum ini percaya bahawa menunggu lebih lama sebelum akhirnya berumah tangga biasanya menghasilkan kestabilan yang lebih baik.
Ada banyak sebab mengapa usia di akhir 20-an hingga awal 30-an masuk akal untuk memulakan hubungan seumur hidup dengan seseorang.
Pada usia itu, kita sudah cukup matang untuk membezakan antara perasaan sebenar dengan seseorang, atau hanya dibutakan oleh keinginan sahaja.
Pada ketika ini, kita juga telah membuat pilihan kehidupan yang penting dan boleh mengambil beberapa tanggungjawab.
Sebenarnya, masih ada lebih banyak kajian mengenai usia sebenar untuk perkahwinan yang sedang dijalankan.
Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kita perlulah percaya kepada ketentuan Allah disamping berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada pasangan hidup kita.