Connect with us

Viral

Undang Simpati Ramai, Wanita Ini Diceraikan Selepas Sahaja Beritahu Suami Dirinya Hamil Selepas 4 Tahun Berkahwin

Sudah menjadi impian semua pasangan berkahwin untuk mempunyai cahaya mata. Seperti yang kita tahu, kehadiran anak sering dikaitkan dengan penyeri rumah tangga.

Namun tak semua yang dirancang akan menjadi. Ada juga yang harus menunggu bertahun lama untuk mendapatkan seorang anak.

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita diceraikan sebaik sahaja memberitahu suaminya yang dia sedang mengandung dua bulan setelah empat tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Adiba, niat memberitahu suaminya tentang kehamilannya itu untuk memberi kejutan.

Namun dirinya pula dikejutkan apabila mendapat tahu suaminya curang dengan perempuan lain!

@adibatulkhadijah Reply to @jihagee_48 ♬ original sound – bukan bini orang

Kata Adiba lagi, suaminya itu curang bukan dengan seorang atau dua perempuan, malah lebih daripada itu!

Selain itu, suaminya juga berani melafazkan talak di depan ibu bapa Adiba ketika isterinya itu hamil. Disebabkan Adiba diceraikan ketika hamil, terjadilah lafaz cerai luar mahkamah.

@adibatulkhadijah Reply to @urrishh ♬ original sound – bukan bini orang

Adiba terpaksa hadir ke mahkamah untuk proses cerai walaupun bukaan sudah mencecah 4cm.

Bukan itu sahaja, dia turut mengambil risiko dalam keadaannya yang sarat hamil dengan memandu berseorangan.

Adiba turut menceritakan reaksi suaminya itu ketika dapat tahu Adiba hamil. Suaminya menyuruh untuk melakukan ujian DNA kerana ragu-ragu dengan anak yang dikandung Adiba.

@adibatulkhadijah Reply to @i.meeraa ♬ original sound – bukan bini orang

Menurut suami Adiba, selama empat tahun berkahwin, Adiba tidak pernah menunjukkan ciri-ciri seperti wanita yang boleh mengandung. Disebabkan itu lelaki tersebut ragu-ragu dan mengaku itu bukan anaknya.

@adibatulkhadijah Reply to @amna310785 #shouldbeme ♬ original sound – bukan bini orang

Malah, suami Adiba mengabaikan tanggungjawab dan lepas tangan. Segala nafkah yang diperlukan Adiba juga tidak diberi mengikut masa yang ditetapkan.

Video yang tular di laman TikTok

@adibatulkhadijahingatkan nak surprise dia kita yang kena kejutan orang ketiga.. dah lupa dah sakit hati tu cane.. just content.. 😜♬ original sound – alyssa🦋

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.