Connect with us

Viral

Dapat RM50Ribu Hanya Jual Pokok, Wanita Ini Dakwa Lebih Untung Daripada Beli Emas

Dalam membuat pelaburan kewangan, setiap orang pastinya mempunyai cara dan strategi yang tersendiri.

Di antara medium pelaburan yang cukup terkenal di kalangan orang ramai pada masa ini ialah pelaburan emas dan matawang kripto.

Namun berbeza pula bagi wanita ini kerana beliu mendakwa menjual pokok lebih ‘menguntungkan’ berbanding membeli emas apabila salah seorang pelanggannya telah mendapat keuntungan sebanyak RM50,000 setelah menjual semula pokok yang dibeli padanya dengan harga RM24,000 November tahun lalu.

“Owner beli pokok ni dengan sis nov 2020 dengan harga rm24000.. hari ni rezeki owner boleh jual balik rm80000..

“Beli emas boleh ke untung rm 50k dalam 6 bulan.. xdek rugi beli pokok.

“Sekarang untuk billitae variegated sedaun regular price dlaam rm12k- 15k.. 1 more.. nilai duit setiap kita x sama.”

Ekoran dakwaan tersebut, wanita ini telah mendapat ratusan komen yang mempertikaikan bagaimana beliau boleh membandingkan nilai ‘keuntungan’ pelaburan pokok dengan emas begitu sekali.


Netizen seolah-olah tidak percaya bagaimana ada orang sanggup membeli pokok tersebut dengan nilai yang mencecah RM80,000. Bagi mereka harga tersebut terlalu keterlaluan dan sangat mahal.

Menurut wanita tersebut, harga semasa sedaun pokok Philodendron Billietiae sekitar RM12,000 hingga RM15,000.

Jadi disebabkan itu pelanggannya berjaya mendapatkan keuntungan sehingga RM50,000 untuk satu pokok.

Pada masa yang sama, masih ada juga netizen yang mengakui harga sedaun untuk pokok tersebut memang boleh mencecah puluhan ribu ringgit bahkan boleh lebih tinggi dari itu.

Menerusi hasil carian di internet, pokok Philodendron Billietiae ini mempunyai ruang permukaan berwarna hijau terhad berbanding pokok-pokok lain.

Sekaligus ia mengganggu proses fotosintesis yang membolehkan ia menghasilkan ‘makanan’ untuk pertumbuhan dan pembaikan pokok ini.

Oleh sebab itulah harga pokok jenis Philodendron Billietiae boleh mencecah puluhan ribu ringgit dikalangan peminat pokok kerana proses penjagaan yang agak rumit dan tempoh pembesaran terlalu lambat.

Dalam bahasa mudah semakin besar saiz daun pokok ini, semakin mahal harganya.

Apa pendapat anda mengenai membuat pelaburan pokok ini? Adakah keuntungannya sesuai untuk dibandingkan dengan pelaburan emas?

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.