Connect with us

Viral

Uruskan Bila Buang Air Besar, Sikap ‘Ringan Tulang’ Suami Tolong Isteri Jaga Anak Raih Pujian Netizen

Setiap isteri mengimpikan seorang suami yang bertanggungjawab dan mampu membantunya menguruskan rumah serta anak-anak kerana pokok pangkalnya perkahwinan itu adalah satu perkongsian diantara dua hati.

Apabila sudah mempunyai anak, tanggungjawab itu bukanlah hanya pada ibu malah ianya merupakan amanah pada kedua-duanya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi sebuah video dimana memaparkan suaminya yang tidak lepas tangan malah ringan tulang menjaga anak.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @eirajangok, dapat kita lihat suaminya membantu membersihkan najis anak tanpa mengharapkan isterinya melakukan semua perkara.

Malah wanita ini sempat berseloroh mengatakan dia tidak kisah mempunyai anak ramai jika perangai suaminya itu kekal sehingga ke akhir hayat.

“Ibu dah cantik2 lawa2 anak biyak (berak) memang papa dia laa jadi mangsa.. tak lawa pun selalu papa akan buat..suami sape macam ni? senang kerj tau dah lawa lawa anak pulak berakk.. mesti la papa kena uruskan..nasib dapat suami faham situasi setiap sudut..anak ramai pun tak apa kalau suami macam ni..” ujarnya

Video yang tular di laman TikTok:

@eirajangok dah cantik lawa kene laa duk diam2😝 #GayaRaya #warkahcintatentera #onlyinmycalvins ♬ original sound – Adra Sidi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat sikap suaminya yang rajin dan tidak menyerahkan sebulat-bulatnya soal anak kepada isteri.

“sama lah, sampai wife segan takut sedara kata queen control, anak berak mesti cari ayah suruh basuh”- Netizen

Dalam masa yang sama, ada juga yang menceritakan pengalaman masing-masing dalam bersama-sama membesarkan anak.

Berikut merupakan komen warga maya:

“kita lagi suka kalau anak nak dengan ayah dia.. penat2 teran semua benda kita buat..”

“sama, lagi kalau dah pakai baju beropol2.. memang laki faham dah..”

“sebab tu nak pergi mana-mana nak ada husband.. senang dia handle anak dara kita..”


“saya kalau dah bersiap, tudung bagai, anak berak pula memang ayah dia la uruskan”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.