Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat dan banyak lagi.
Hal ini nyata membuka peluang pekerjaan kepada semua yang hilang punca pendapatan.
Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda yang juga bekerja sebagai penghantar makanan terserempak dengan atuk yang juga seorang rider mengundang sebak ramai.
“kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab”
Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Itulah ungkapan yang sesuai untuk seorang warga emas yang masih berkerja mencari rezeki halal untuk menampung kehidupan harian.
Difahamkan, Atuk berusia 68 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori baru sahaja 2 bulan bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood.
“atuk ni aku jumpa masa buat grab.. dia pun buat grab umur dah 68 tahun, baru 2 bulan buat grab”
“sedih bila dia cakap dia buat grab untuk sara hidup dia.. sebelum ni kerja bawa lori”
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat betapa uzurnya atuk tersebut yang sudah bongkok namun masih membanting tulang dan menggunakan kudrat yang tersisa untuk mendapatkan mata pencarian halal.
“inshallah kalau saya jumpa dia lagi,saya akan mintak no telefon dia untuk kita bantu dia ape yang perlu.. doakan ye guys” kata pemuda tersebut di ruangan komen.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 462.1K tontonan, 69.1K tanda suka, 3462 komen dan 4910 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, warga netizen turut sebak melihat video tersebut. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen mendoakan agar atuk ini diperluaskan rezeki.
Bukan itu sahaja, ramai juga warga maya yang scara sukarela ingin memberikan bantuan kepada atuk ini bagi meringankan bebannya selain berkogsi-kongsi info untuk mencari atuk ini.
Berikut merupakan komen netizen: