Hari ini boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang datang membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini namun ada juga segelintir individu yang dengki atau iri hati dengan perbuatan murni ini.
Kita sedia maklum dengan tindakan Ustaz Ebit Lew yang suka membantu mereka yang berada dalam kesusahan lagi-lagi semasa COVID-19 ni. Namun, ada je orang yang tak puas hati dengan apa yang Ustaz Ebit buat.
Dalam pada itu, ada satu posting di Facebook menerusi akaun Azhar Mohamad At atau orang ramai lebih mengenalinya sebagai Ayahanda Ad di mana dia memihak kepada Ustaz Ebit Lew dengan menyokong semua tindakan yang telah dibuat oleh Ustaz Ebit.
Dalam posting itu, dia menyatakan bahawa jangan ada sesiapa yang menganggu semangat Ustaz Ebit Lew untuk bantu orang susah.
“Kepada Ustaz2 yang tidak puas hati dan tidak senang dengan cara Ustaz Ebit Liew, mai tel saya dan saya bagi 2 Nombor 013-5193630 dan 01111892630 kedua-duanya adalah nombor saya.
“Jangan dok ganggu semangat Ustaz Ebit Liew buat kerja membantu warga, sebab saya dan rakan-rakan NGO Islam hargai titik peluh Ustaz Ebit Liew dan semangat kami bersatu dalam perjuangan DEMI WARGA.
“Akhir kalam nasihat saya kepada Ustaz Ustaz yang tidak senang dengan cara Ustaz Ebit Liew….
“Janganlah mengundang mazmumah untuk tinggal dalam hati kamu, takut-takut ianya akan bersahabat dengan Hubbun Dunia dan sukar untuk dihakis dan membuatkan kamu mati dalam lakonan”
Ayahanda Ad juga ada menyatakan dia bersama dengan rakan-rakan NGO Islam menghargai titik peluh Ustaz Ebit Lew.
Rata-rata netizen juga turut menyokong apa yang dikatakan oleh Ayahanda Ad dan mendoakan agar usaha Ustaz Ebit Lew untuk membantu golongan susah sentiasa dipermudahkan.