Connect with us

Viral

Ustazah Asma Sebak, Posting Terakhir Wanita Kongsi 3 Video Kuliahnya Sebelum ‘Pergi’

Semalam, negara dikejutkan dengan berita pemergian seorang wanita yang didakwa telah dibunuuh oleh suaminya sendiri.

Kisah berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada seluruh rakyat Malaysia termasuklah ustazah Asma yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita tersebut.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa sedih dengan berita yang mengejutkan itu lebih-lebih lagi selepas melihat status terakhir arwah di akaun Facebooknya.

Pada 1 Mac 2021 iaitu pada hari arwah ‘hilang’, dia sempat berkongsi di Facebooknya tentang maksud ayat dan surah dalam solat.

SEMOGA HUSNUL KHATIMAH DAN BEROLEH JANNAH

“Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan kepadaNya jua kita semua akan kembali”

Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan kematian yang begitu tragiis. Seorang wanita dan ibu kepada dua orang anak kecil.

Wajah dan suara keibuannya sungguh menyayat hati. Hanya Allah yang tahu hakikat ujian yang dilalui arwah, beliau begitu menjaga rahsia dan aib, tidak dikongsikan di media.

SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu, apabila melihat antara posting terakhir FB arwah adalah 3 live ceramah saya.

Bermakna saat-saat akhir hidup Arwah adalah dalam keadaan beramal soleh, menyebarkan dakwah dan seruan Nahi Mungkar. Dan posting terakhir arwah pada hari yang dikatakan hilang adalah tentang SOLAT.

Bagaimana pula posting kita yang terakhir kelak.

SubhanAllah, sungguh begitu indah pemergian Arwah. Dan tanda Husnul Khatimah ini disebutkan oleh Rasulullah SAW :

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya,

“Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda:

“Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)

SubhanAllah, sedikit catatan memori akhir Muka Buku Arwah :

1. 1 Mac 2021 – posting last arwah tentang solat.

2. 24 Feb 2021 – Arwah menukar profile picture kepada gambar 2 orang anaknya.

3. 23 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Seruan Nahi Mungkar

4. 19 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Tadabbur Surah alKahfi siri 11

5. 18 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Punca dan Solusi Keretakan Rumahtangga

6. 14 Feb 2021 – Arwah share posting Saudara Firdaus Syakirin.

7. 10 Feb 2021 – Arwah muat naik video dan gambar² sambutan hari lahir anak pertama berumur 4 tahun.

Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan “Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut.


Duhai Anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu.

Sungguh, saat ini saya masih terpaku dengan apa yang berlaku, doa demi doa dititipkan buat Arwah. SubhanAllah, pemergianmu dalam keadaan meninggalkan buat kami pesan-pesan yang sungguh indah.

Tiada lagi kesedihan dan kesakitan, semoga dirimu disisi Allah dalam RahmatNya dan pengampunanNya. Semoga Barzakhmu umpama Taman SyurgaNya, semoga anak-anakmu penyambung pahala jaariah buatmu.

“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat istirahatanya”

Semoga Allah maqbulkan hajat hati saya untuk ziarah bertemu dengan anakanda dan keluarga Arwah Hasliza Alias dalam waktu terdekat.

Selesai menuliskan dengan air mata jam 2.30pg. Asma’ binti Harun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.