Ekoran dari penangguhan pendaftaran secara fizikal dari Kementerian Pengajian Tinggi, ramai individu telah tampil membantu pelajar-pelajar yang terkesan.
Tidak terkecuali datang tampil membantu adalah seorang pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang menawarkan sewaan bas buat para pelajar pulang ke rumah masing-masing.
Sebelum ini beliau memuat naik satu posting tersebut di laman Facebook beliau bagi meringankan beban para pelajar.
Pihak upsi sendiri hubungi saya supaya membuat permohonan maaf terbuka
Terbaru, beliau memuat naik satu posting permohonan maaf secara terbuka berhubung isu penghantaran pulang pelajar menaiki bas yang diuruskan oleh beliau sebelum ini.
“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama yang dihormati vice cancelor upsi sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka”.
Saya mintak maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga
“Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri”.
“Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari”.
Saya mintak maaf saya salah
“Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid”.
“Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil”.
Saya tangguhkan dulu 20 bas sehingga diberi kelulusan
“Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Bas besar dan bagi bas vvip supaya ada ruang besar sikit ada jarak.
“Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan”.
Semoga segala salah faham yang timbul dapat diselesaikan dengan cara baik dan diharap pelajar yang terkesan mendapat bantuan yang sewajarnya.