Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “14 tahun tak berdiri” Edika Yusof Bawa Isteri Fisioterapi Sentuh Hati Netizen

Pelakon Edika Yusof dua hari lalu telah memuat naik posting isterinya sedang menjani fisioterapi di laman sosial Instagram (IG). Pada ruangan kapsyen, Edika memberitahu isterinya sudah 14 tahun tidak berdiri dan sedang menjalani latihan fisio yang dipanggil  ‘Tilt Table’. Menerusi video yang dimuat naik tersebut isteri Edika, Nor Hidayah Yusri turut kelihatan ceria dan positif. […]

Baru-baru ini telah tular mengenai kisah pelakon Edika Yusof yang setia menjaga isterinya berbelas tahun.

Pasangan ini diduga dengan ujian yang berat apabila isteri beliau lumpuh dan perlu bergerak menggunakan kerusi roda setiap masa.

Pengorbanan Edika Yusof ini dalam menjaga dan menguruskan isterinya menjadi inspirasi buat semua.

Ditatang bagai bayi ketika terlantar sakit

Sementara itu, Nor Hidayah sebelum ini turut berkongsi ketika terlantar beliau ditatang bagai seorang bayi oleh suaminya.

Sekitar dua hari lalu pelakon itu telah memuat naik satu posting isterinya sedang menjalani fisioterapi di laman sosial Instagram (IG).

Edika turut membuat kapsyen di ruangan posting tersebut memberitahu isterinya sudah 14 tahun tidak berdiri.

Lumpuh sejak 14 tahun lalu selepas melahirkan anak kedua

Nor Hidayah dikatakan menghidap meningitis sehingga lumpuh ini sejak 14 tahun lalu selepas melahirkan anak kedua mereka.

Menerusi rakaman video tersebut Nor Hidayah kelihatan ceria dan positif menjalani latihan fisio yang dipanggil ‘Tilt Table’.

Kisah Edika Yusof ini telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat perjuangan Nor Hidayah.

Rata-rata sebak dengan pengorbanan pelakon itu

Netizen juga memuji pelakon itu apabila setia dan sentiasa berada di sisi isterinya dalam apa jua keadaan.

BACA: “Ketika terlantar, saya ditatang bagai seorang bayi” 15 Tahun Dijaga Edika Yusof, Ini Luahan Isteri

Di samping itu, mereka turut mendoakan agar Edika terus memberi semangat kepada isterinya supaya dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain selepas ini.

Sementara itu, Edika turut membalas komen yang ditinggalkan pengikut pada posting tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada yang telah mendoakan dan memberi kata-kata positif.

“Rehab Day. 14 tahun tak berdiri , berdiri guna tilt table. Dapat merasa 30min berdiri. Alhamdulillah. Kita tidak pernah putus semangat. Berserah tapi jangan menyerah” 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.