Connect with us

Viral

[VIDEO] 16 Tahun Penantian Berakhir, Reaksi Suami Tengok ‘Pregnancy Test’ Jadi Perhatian

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya tidak sabar menanti detik memiliki cahaya mata bagi menyerikan lagi kehidupan mereka.

Namun begitu, rezeki itu adalah rahsia Allah dan setiap pasangan akan diuji sama ada cepat atau lambat mereka dikurniakan anak sebagai penyambung zuriat dan pengikat kasih.

Ada pasangan yang masih mengimpikan detik indah memiliki cahaya mata itu tiba dan masih terus berdoa untuk dimurahkan rezeki anak kepada mereka.

Isteri hadiahkan kit ujian kehamilan kepada suami

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di aplikasi TikTok, seorang wanita membuat kejutan apabila ‘menghadiahkan’ suaminya dengan kit ujian kehamilan.

Kit yang menunjukkan keputusan positif itu merupakan kejutan buat suami setelah pasangan menunggu bertahun-tahun untuk isterinya hamil anak kedua.

Anak sulung mereka berusia 17 tahun

Pasangan ini telah memiliki seorang anak lelaki dan anak sulung mereka itu kini berusia 17 tahun.

Menurut wanita bertuah itu, Siti Aisyah Ibrahim, 40, berkata, kejutan itu sebenarnya dibuat pada Januari lalu selepas solat Subuh dan hanya dikongsikan kepada umum menerusi aplikasi tersebut.

Suami seolah tidak percaya dengan berita gembira itu

Dia yang lebih mesra disapa Aisyah, katanya, suaminya yang berusia 44 tahun pada mulanya terkejut apabila membuka kotak itu.

Suaminya seakan terkejut dan terdiam seketika sambil membelek kit kehamilan yang diletakkan dalam sebuah kotak jam tangan dan seakan tidak percaya dengan berita gembira tersebut.

Penantian 16 tahun berakhir

“Mesti terkejut sebab penantian saya dan suami untuk menimang cahaya mata kedua sejak 16 tahun lalu berakhir. Anak sulung dah 17 tahun, belajar di Tingkatan Lima.”

“Anak lelaki tu saya hamil ‘bunting pelamin’. Selepas lahirkan dia, saya ada hamil lagi tapi keguguran dan selepas tu kami tidak diberikan rezeki anak lagi,” katanya kepada mStar.

Hidap penyakit berkaitan tulang belakang

Ujar Aisyah lagi, dia menghidap penyakit berkaitan tulang belakang dan menjalani pembedahan beberapa tahun lalu.

Sebelum ini doktor menasihatkannya supaya tidak hamil buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang risiko.

Saya berehat tiga tahun dan kami berusaha lagi 

“Saya hanya berehat selama dua, tiga tahun. Selepas itu kami berusaha lagi tapi belum ada rezeki.”

“Bila saya lewat datang haid dan check kit ujian kehamilan, keputusannya negatif.”

Buat mereka menantikan cahaya mata, nasihat saya supaya bersabar. Teruskan usaha, berdoa dan bertawakal. Suami isteri juga kena sentiasa berfikiran positif.

Kami disarankan buat IVF tapi kami tak nak

“Beberapa kali berlaku, tapi masih negatif. Kami juga berjumpa dengan beberapa pakar.”

“Ada yang menyarankan kami untuk melakukan IVF (rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro) tapi kami tak nak,” ujarnya yang enggan mengulas sebab tidak mahu melakukan rawatan itu.

Kami amalkan amalan bersedekah

Pada masa yang sama, jururawat yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan mula melakukan aktiviti berbasikal bersama suami sejak tahun lalu, untuk mengurangkan berat badan.

Selain itu katanya, dia dan suami turut melakukan amalan bersedekah dengan membuat tabungan setiap kali selepas solat Subuh.

Hasil tabungan kami sedekah di masjid

“Saya dan suami simpan duit dalam tabung selepas solat Subuh, tanpa menetapkan jumlahnya. Setiap Jumaat, hasil tabungan itu kami sedekah di masjid-masjid.

“Kami terus berdoa agar dikurniakan zuriat lagi. Berbelas tahun kami menunggu dengan sabar. Benar, anak ini adalah rezeki Allah, syukur Alhamdulillah doa kami dimakbulkan.

Suami isteri kena sentiasa berfikiran positif

“Kepada mereka menantikan cahaya mata, nasihat saya supaya bersabar. Teruskan usaha, berdoa dan bertawakal. Suami isteri juga kena sentiasa berfikiran positif,” ujarnya.

Menurut Aisyah, dia yang kini hamil tujuh bulan dan dijangka bersalin pada akhir Ogos bersabar menantikan detik istimewa itu termasuk mengetahui jantina cahaya mata kedua.


Anak sulung masih tidak percaya saya hamil

“Biarlah ia menjadi kejutan buat kami. Buat masa ini kami lebih menumpukan pada anak sulung yang sehingga ke hari ini seperti tidak percaya saya hamil lagi.

“Masa mula-mula dapat tahu tu, anak menangis, dia merajuk sampai mogok.”

Anak sulung takot saya dan suami dah tak sayangkan dia lagi

“Dia kata nanti saya dan suami tak akan sayangkan dia lagi bila dah ada baby baru. Sampaikan ibu mentua saya kena pujuk.”

“Anak lelaki saya ni manja dan sensitif. Yelah, 17 tahun dia seorang saja anak kami. Harap nanti dia dah bersedia untuk jadi seorang abang dan tak merajuk lagi,” katanya.

@ainn_aisyaSelamat hari lahir my darling….😘😘 Hadiah tak ternilai buat abang. ##birthday ##ttc ##fypシ ##pasirmaskelantan ##geweorekelate ##satuhatisampaimati♬ bunyi asal – ainn_aisya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.