Zaman sekarang sudah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk memberikan anak-anak telefon pintar.
Tidak dinafikan ianya sangat memudahkan urusan seharian seperti penggunaan aplikasi untuk berhubung.
Namun begitu masih ada juga yang tidak mempunya telefon sendiri walaupun sudah sekolah menengah.
Menerusi satu video yang tular di laman Twitter, gadis ini terkejut menerima hadiah sebuah telefon pintar iPhone 11 di dalam kotak KFC.
“17 tahun tak pernah ada phone sendiri so parents aku buat surprise bagi iphone baru sebab dia tak pernah mintak”
Rata-rata netizen terhibur dengan kejutan tersebut dan mengucapkan tahniah di atas hadiah yang diterima.
Malah ada juga yang meninggalkan komen untuk tidak membandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang.
“Jangan beza kan zaman kau laa, 21 baru ada phone la 23 la 25 laa. Tu zaman purba. Zaman skrg ni budak sekolah rendah pun dah ada phone. Dia umur 17 kot. Bagus budak nii. Jangan install tiktok ea dik.”
Ramai juga yang kagum dengan cara ibu ayah remaja ini menjaganya sehinggakan dia tak tahu di mana ‘button’ tengah iPhone tersebut.
“17 tahun tanpa gadjet. Sampai dia tanya mana button tengah. Aku teringin nak tahu doktrin apa yg ibu dan ayah dah terapkan. harap ada nilai macam ni dlm diri aku.”