Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Satu kisah video telah tular di laman sosial Facebook yang dikongsikan oleh Fs Channel.
Kisah ini mengenai dua beradik yang berniaga pelbagai jenis kuih-muih di hadapan Maybank Jalan Taiping, Klang Selangor.
Dua beradik ini membantu ibu mereka menjual kuih dan antara kuih yang dijual adalah popia pedas, keria, donut, kuih kacang dan karipap.
Tekun dan sopan dalam berbicara dan jelas tulus pada raut wajah si anak yang membantu ibunya menjual kuih bagi menyara 21 orang adik beradik.
Menceritakan mengenai keluarganya, Adik Iskandar Zulkarnain turut bercerita kisah ayahnya yang menghidapi kanser otak dan terlantar dirumah kerana tidak lagi mampu keluar bekerja.
Dia juga tidak bersekolah dan berniaga bersama adik lelakinya yang berumur 16 tahun berulang-alik menaiki bas dari rumah ke situ untuk berniaga.
Jarang anak-anak seusia denganya menggalas tangungjawab untuk membantu keluarga dan tidak berasa culas mencari rezeki buat keluarga.
Tampak jelas sayu diwajahya kedua beradik ini tatkala bertanya mengenai persekolahan yang tidak mampu dinikmati mereka tidak seperti orang lain.
Namun pasti didikan ayah dan ibunya dirumah menjadikannya seorang anak yang lembut bicara dan tinggi akhlaknya.
Dia dan adiknya mula berniaga jam 4.00 petang dan bergilir-gilir menunaikan solat di surau berhampiran kawasan itu.
Kisah sedih ini turut mendapat perhatian ramai apabila video ini mencecah ribuan tontonan menerusi media sosial.
Rata-rata netizen turut menceritakan pengalaman mereka membeli kuih yang dijual oleh adik beradik ini.
Ramai juga netizen turut mendoakan semoga keluarga ini diberkati dan diberikan rezeki yang luas untuk mereka sekeluarga.
Semoga kisah ini memberikan teladan dan kebaikan kepada semua pembaca dan bagi yang ingin membantu adik ini mereka berniaga di Maybank Jalan Taiping, Klang Selangor.