Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering berkongsi momen indah bersama keluarganya malah beliau juga seorang yang sangat romantik bersama isterinya.
Menerusi akaun Instagram, beliau memuat naik satu video meraikan sambutan hari lahir bidadarinya pada 17 Jun 2020.
Video ulang tahun kelahiran isteri tersayang
Apa yang lebih menarik adalah kapsyen khas yang ditujukan kepada isteri itu yang menjadi perhatian ramai.
Sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Ustaz Ebit Lew membuat kejutan dengan memberikan sejambak bunga beserta belon dan sebiji kek.
Luah rasa syukur dengan kurniaan seorang isteri
Selain itu, beliau meluahkan rasa syukur atas kurniaan seorang isteri yang sangat memahami dan sentiasa ada dengannya di waktu senang dan susah.
“Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta”.
Terima kasih sentiasa menemani hidup ini
“Terima kaseh bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini”.
“Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya”.
Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang
“Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah”.
“Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal”.
Isterinya tidak pernah membebankan dirinya
Ustaz Ebit Lew turut menyifatkan isterinya langsung tidak pernah membebankan dirinya dari segala segi disamping sentiasa melakukan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
“Terima kaseh kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang”.
Terima kasih bertarung nyawa lahirkan 4 cahaya mata
Pada masa yang sama, beliau turut berterima kasih atas pengorbanan isterinya bertarung nyawa melahirkan 4 orang cahaya mata mereka.
“Terima kaseh 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun”.
Terima kasih Allah untuk nikmat hidup ini
“Terima kaseh Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini”.
“Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim”.
Isteriku Bidadari
“Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat,pedih sakit, Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini”.
“Terima kaseh sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini”.