Satu perkongsian foto dan video terbaru Abby Abadi di laman Instagram membuatkan ramai yang melihat perubahannya yang dikatakan sudah semakin kurus dan langsing.
Di dalam posting Instagram itu, Abby mulanya sekadar ingin mempromosikan bajunya yang dijual. Namun lain pula jadinya apabila foto dan video tersebut membuatkan peminat mula memberikan komen berkenaan fizikalnya yang nampak semakin kurus.
Gambar Abby bersama anaknya dikenali sebagai Marissa itu meraih lebih 20 ribu likes malah pelbagai komen yang diterima di laman Instagram.
Tidak hanya pujian diberikan malah netizen juga meminta tips kurus dari Abby di ruangan komen dan ada yang ingin menjadikan dirinya sebagai idola untuk kurus.
Abby Abadi ataupun nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan lahir pada 1 Disember 1977 bersamaan 20 Zulhijjah 1397, merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi Elite.
Abby turut merupakan seorang anggota asal Elite yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997.
Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Abby berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di RTM – TV2.
Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Mereka mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Malangnya pada tahun 2009 mereka telah disahkan bercerai. Hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Abby Abadi selaku ibu.
Walaubagaimanapun hubungannya bersama bekas suami masih baik dan mereka sentiasa dilihat mesra apabila berjumpa untuk anak-anak.
Malah, isteri Norman Hakim juga faham dan boleh bertoleransi demi kebahagiaan anak-anak mereka.
Pingback: [VIDEO] "Kurniaan Allah, Bertambah Cantik Aurat Terjaga Sempurna" Anak Norman Hakim Tarik Perhatian Peminat | YOY Network