Kes positif di negara kita masih lagi mencatatkan angka yang tinggi saban hari.
Umum kita ketahui, pengambilan vaksin kini ibarat menjadi perkara wajib bagi rakyat Malaysia demi melindungi diri daripada jangkitan pandemik ini.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi diteruskan, sudah tentu kita rindu aktiviti luar seperti merentas negeri, pergi bercuti dengan keluarga, berjalan-jalan di shoppin mall termasuklah pergi ke kenduri kawin.
Terngiang ngiang lagi suasana ‘rewang’, bau nasi minyak, riuh bergambar, berkumpul dengan ahli keluarga dan sebagainya.
Terbaru, tular sebuah video seorang pemuda memuat naik pengalamannya pergi mengambil vaksin mencuri tumpuan ramai.
Feeling-feeling pergi kenduri kahwin, siap letak lagu pengantin dalam video
Menerusi video yang dimuat naik oleh Hadrey Ali di applikasi TikTok, kelihatan dia berkongsi rakaman sepanjang mengambil vaksin dos pertamanya.
Dengan kapsyen “Ya Allah terasa wedding vibes dia, done 1st dose”, pemuda itu membuatkan suasana di pusat vaksinasi seperti berada di kenduri kahwin.
Seakan akan berada di kenduri kahwin! Antara situasi sama yang dirakamnya adalah seperti tetamu beratur masuk ke dewan, duduk di dalam khemah, berjumpa dengan pengantin iaitu petugas kesihatan, dan akhir sekali bergambar di pelamin.
Apa yang lebih mencuit hati, pemuda itu siap meletakkan lagu Selamat Pengantin Baru di dalam video tersebut untuk menaikkan lagi vibes di kenduri kahwin.
Siapa sangka, kini video lucu yang tular itu telah mendapat 301.8K tontonan, 37.5K tanda suka dan 2.1K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan memuji kreativiti pemuda itu.
Dalam pada yang sama, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu mahu makan nasi minyak dan mendengar lagu pengantin dimainkan.
Ini antara komen-komen warga netizen:
Terbaru, disebabkan kreativiti pemuda ini dalam menghasilkan video pengambilan vaksin, video itu tular sehingga ke Siaran Borak Kopitiam di Tv3 dan semakin mendapat perhatian ramai.