Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Aku tak kuat bila sampai rumah kau Bam..” Fad Peluk Erat Achey Dan Ali Buat Netizen Sebak

Umum sedia maklum, Fad berada di Jepun bercuti bersama keluarganya, ketika diberitahu mengenai berita kematian Abam. Jiwa Fad meronta ingin berjumpa arwah sepanjang menunggu masa menaiki kapal terbang pulang ke Malaysia. Baru-baru ini, dimaklumkan bahawa Fad dan keluarga telah sampai di lapangan terbang KLIA dengan disambut oleh Achey dan beberapa lagi kenalan. Kepulangan Fad disambut […]

Para peminat kumpulan Bochey pastinya tahu bahawa Fad masih berada di Jepun bercuti bersama keluarganya semasa diberitakan tentang pemergian Allahyarham Abam.

Sebagai sahabat baik, Fad tidak mampu menahan rasa sedih kerana tidak dapat bersama-sama mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Abam di atas dunia.

Awal pagi tadi dikhabarkan Fad sekeluarga telah tiba di tanah air dan disambut oleh Achey dan juga beberapa kenalan yang lain

Berlinang air mata

Ketibaan fad disembaut dengan suasana pilu apabila du sahabat, Fad dan Achey berpelukan kesedihan memikirkan apa yang terjadi kepada sahabat baik mereka.

Malah, Achey siap bawa baju Abam bersama untuk bertemu dengan Fad.

“Alhamdulillah,selamat sampai..aku terbayang kau pon ada bam dalam pelukan tu, Allah..kite kene kuat ye chey..dpt semangat aku balik”

Suasana itu cukup menyentak jiwa mereka yang berada di san dan merasakan betapa peritnya kehilangan oran tersayang.

Fad dan Achey kemudiannya terus bergerak ke rumah ibu Allahyarham Abam di kediamannya di Gombak.

Di sana, sekali lagi diselubungi suasana pilu apabila Fad memeluk erat adik Abam, Ali Puteh.

“Fad Bocey tidak dapat menahan sedih ketika berjumpa dengan adik Arwah Abam, Ali Puteh selepas selamat pulang dari Jepun”

https://www.facebook.com/era.je/videos/2542086549452021/

Rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak melihat keakraban mereka sehingga menitiskan air mata.

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Berita itu disampaikan sendiri oleh adiknya, ALi Puteh menerusi laman media sosial Instagram.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Semoga Allahyarham Abam tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.