[VIDEO] “Aduh, kelakar gak..” Mengaku Cuci Face Mask Untuk Pakai Semula, Ini Penjelasan Sheila Mambo
Pemakaian penutup mulut ketika berada diluar antara salah satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh orang ramai dalam mencegah penularan pandemik Covid-19.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon Sheila Mambo mengakui dirinya terpaksa mencuci semula pelitup muka pakai buang yang sudah digunakan untuk dipakai berulang kali.
Menurut Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan, 57, dia bertindak sedemikian kerana memikirkan kos perbelanjaan untuk membeli pelitup muka yang perlu digunakan setiap hari.
“Ada pihak KKM saran guna mask paling lama 2 jam, dan boleh buang, atau setelah dibuka sewaktu makan dan pakai sekejap dah boleh buang, jangan pakai lagi”.
“Saya kalau guna sekejap kurang dari 2 jam atau hanya waktu tidak melibatkan bertemu atau bertembung dgn orang ramai, saya akan jemur selepas pakai”.
Kita basuh dengan sabun dan jemur dah boleh pakai
“Saya guna hanya 2 x shj, lepas tu saya basuh dan keringkan , kalau masih elok tidak keluar bulu2 kapas”.
“Faham2 la, bukan murah mask, tapi seeloknya kita basuh dengan sabun guna tapak tangan gosok manja2 jer”.
“Jemur dah boleh pakai, tapi saya hanya buat 1x sahaja, lepas tu saya buang guna yang baru”.
“Siapa macam saya, bukan kedekut, tapi BERJIMAT, cuba test lepas basuh dah kering, letak air, kalau tak tebus air masih elok diguna pakai”.
Begitulah perkongsian pelakon tersebut dan beliau turut berkongsi video bagaimana cara membasuh mask yang dimaksudkan olehnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengutarakan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.
Aduhhhh Kelakar gak..
“Ok biar saya jelaskan niat saya sebenarnya.. Saya nk menegur sesetegah pemakai mask secara terus terang pd org yg saya tk kenal takut nanti mengAIB kan mereka.
“Jadi secara sopan memberi tunjuk ajar lebih baik, sebab kita tak tahu kemampuan sesaorng.
“Ada yg paling tak sedap mata memandang, mask diaorg kotor sgt2. Dah tk nampak warna putih (Malah saya jg pernah beri mask yg saya selalu bwk extra pd org yg kdg2 org tua, pakai mask yg 1 lapis, ada yg getah dh putus. Ada yg anak ramai tapi yg pakai hanya 2 anak, yg 2 lagi takde kata ibunya tak cukup.)
“Its just a General Education”
“Dengan asbab video saranan saya semalam, ramai yg dm saya nk bg mask percuma yg blh pakai cuci, Allahuakbar..
“Rupanya ramai manusia yg sgt tinggi budi dan keperihatinan mereka. Terima kaseh byk2 semoga Allah permudahkan segala urusan semua.
“Jgn kritik, kutuk atau cemuh saya.. InshAllah kita doa semoga Covid19 pergi terhapus..”
Terdahulu, Sheila yang pernah menerima rumah Program Perumahan Rakyat menasihati orang ramai untuk tidak terus melabel golongan artis sebagai golongan yang hidup mewah.