Ramai artis berkongsi video keletah anak-anak mereka membesar untuk dijadikan kenangan. Ramai juga yang ingin berkongsi keletah nakal dan comel anak mereka dengan peminat yang mengikut mereka dilaman sosial.
Tidak ketinggalan, pengarang jantung penyanyi no.1 Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenalu sebagaoi Tok Ti dikalangan artis tempatan. Gelagat anak perempuannya Siti Aafiyah sering dikongsi di laman sosial beliau.
Mahu peminat juga mengenali anaknya yang comel dan bijak itu, Beliau kerap memuat naik momen indah bersama anak mereka. Lebih menghiburkan hati, Siti Aafiyah telah pandai mencuit hati peminat-peminat ibunya.
Siti Aafiyah sering menjadi tumpuan kerana kecomelan dan telatah yang sering mencuit hati. Pasti ada sahaja gelagat beliau yang menarik perhatian netizen. Beliau yang kini yang berusia setahun lebih adalah cahaya mata hasil perkahwinan Siti Nurhaliza bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa pada 28 Ogos 2006.
Beliau selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya pada jam 8.17 pagi, 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dengan beratnya sebanyak 3.55 kg secara pembedahan.
Baru-baru ini telah tular apabila Tokti memuatnaik satu video dilaman Instagram beliau dan mendapat perhatian dari netizen. Video yang dikongsi adalah gelagat puteri sulung beliau sedang menari bila muzik berbunyi kerika majlid maulud berlangsung.
Gelagat Aafiyah yang mencuit perhatian netizen turut berjaya mencuit hati peminat ibunya dan mendapat pelbagai komen dari netizen. Rata-rata netizen memuji kecomelan beliau.
Si comel cilik Siti Aafiyah ini menarik perhatian umum ketika menghadiri satu majlis yang dihadiri ibunya. Tampak comel dan manja Siti Aafiyah tampil berjubah hitam dipadankan dengan selendang hitam.
Siti Aafiyah juga menarik perhatian umum dimajlis itu dan tumpuan ramai kerana kecomelannya. Anak kepada selebriti tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini ternyata mampu membuat netizen terkesiam dengan keletahnya yang comel itu.
Terkini apabila Dato’ Siti ada memuat naik satu video dimana Aafiyah sedang gembira berjoget dan menepuk tangan apabila nyanyian qasidah dimainkan.
Mereka ketika itu sedang menyambut maulud dan juga sempena kedatangan ramadhan. Aduhai anak ibu..suka sungguh dia dengan majlis Maulud.