KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sering kali menjadi perhatian ramai kerana sifat baginda yang merendah diri, mesra dan prihatin kepada rakyat jelata.
Selain itu Agong dan juga Raja Permaisuri Agong sering kali singgah makan di mana-mana gerai atau restoran yang baginda minati seperti rakyat awam yang lain.
Sifat Agong dan Raja Permaisuri Agong yang merendah diri
Sebelum ini juga telah tular apabila Agong dan Raja Permaisuri Agong datang untuk makan di restoran makanan segera KFC dan membuat pesanan sendiri di kaunter.
Selain itu, rakyat jelata berasa gembira kerana Agong dan Raja Permaisuri dikatakan tidak lokek memberikan senyuman ketika berjumpa dengan rakyat jelata.
Baginda sanggup berhenti dan turun melihat kemlangan
Satu perkongsian video yang dikongsi dilaman sosial Instagram Istana Negara yang mmeperlihatkan KDYMM Agong telah berhenti sebanyak dua kali untuk melihat insiden yang terjadi ketika baginda lalu di tempat kejadian.
Baginda telah turun dari kenderaan yang dinaikinya untuk melihat sendiri kemalangn yang melibatkan beberapa buah kereta di Cyberjaya dan Plaza Tol MEX Putrajaya.
Selain itu, menurut sumber KDYMM Agong dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya dan secara kebetulan melalui kawasan kemlangan itu.
Berhat-hati memandu ketika hujan
Berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, baginda sempat menitipkan pesanan buat para pemandu yang ditemui.
Baginda berpesan supaya pemandu yang terlibat insiden tadi untuk sentiasa berhati-hati berikutan jalan yang agak licin kerana hujan sejak awal pagi tadi.
Rayat tersentuh dengan keprihatinan baginda
Rata-rata netizen turut meninggalkan komen yang menyatakan perasaan terharu atas keprihatinan Seri Paduka Baginda Agong kepada rakyat jelata.
Ada juga yang meninggalkan komen mengenai teladan yang harus dicontohi oleh semua dengan kemuliaan hati baginda yang sanggup mengenepikan kedudukan demi memahami situasi rakyat.