[VIDEO] Ahli Keluarga Peninju Muhammad Ali Mula Berebut Harta. Kejutan terbesar Ali adalah memeluk Islam
Bekas juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali telahpun menin ggal dunia pada tahun 2016.
Kejayaan Muhammad Ali di arena tinju sememangnya memberi kekayaan kepada dirinya sekeluarga.
Setelah pergi buat selama-lamanya, wasiat Ali diramal mencetuskan perpecahan antara keluarganya.
Dikatakan, ianya berpunca daripada jumlah harta yang akan diwarisi mereka.
Butir mengenai harta peninggalan jaguh tinju itu yang dianggar bernilai kira-kira AS$80 juta (RM360 juta).
Pengagihan kini dalam peringkat untuk dimuktamadkan, tujuh bulan selepas kematiannya.
Ia akan dibahagikan antara balunya, Lonnie dan sembilan anak Ali termasuk anak angkat.
Lonnie dikatakan akan memperoleh yang paling banyak, sekali ganda daripada keseluruhan jumlah yang akan diperoleh semua anak Ali.
Itu dijangka mencetuskan kemarahan semua anak tirinya.
Tujuh anak perempuan dan dua anak lelaki Ali kini sudah mula saling membenci satu sama lain.
Dapat 6 Juta USD
Menerusi laporan awal, anak-anak dikatakan akan menerima AS$6 juta (RM27 juta) setiap seorang.
Mereka dikatakan mula berdamai sejak kematian bapa mereka Jun lalu dalam usaha untuk tidak menjejaskan bahagian mereka.
Ini salah satu kenyataan teman rapat ahli keluarga:
“Lonnie dikatakan memperoleh sekali ganda daripada jumlah keseluruhan yang akan diterima anak Ali. Itu menyebabkan mereka kurang berpuas hati.
“Mereka tidak sukakannya ketika bapa mereka masih hidup dengan menuduh wanita itu menghalang mereka menemui Ali.
“Apabila Ali meninggal dunia, ada yang cuba rapat dengan Lonnie kerana mahu pembahagian lebih banyak harta itu. Tetapi yang sebenarnya, semua mereka berbuat demikian.
“Sebaik wang dimasukkan ke akaun masing-masing sedikit masa lagi, mereka akan memutuskan hubungan antara satu sama lain,”
Bukan Sebab Harta Saja
Sumber keluarga itu juga berkata, perkelahian dalam kalangan anak Ali bukan disebabkan harta sahaja.
Upacara pengebumian Ali juga menjadi punca pergaduhan di antara anaknya yang mengikut ajaran Islam dan yang tidak mengikut ajaran agama itu.
Bagi yang patuh kepada ajaran itu, mereka marah kerana jenazah Ali tidak dikebumikan segera serta tindakan membenarkan orang seperti Mike Tyson, Lenox Lewis dan Will Smith untuk mengusung kerandanya, bukan anak lelakinya sendiri.
Satu-satunya anak kandung lelaki Ali, Muhammad Ali Jr sebelum ini mengakui keluarganya bersengketa kerana berebut harta peninggalan jaguh tinju itu.
Seorang lagi anak lelakinya bernama Asaad merupakan anak angkat yang diambil oleh Ali dan Lonnie pada 1986.
Kejutan terbesar Ali adalah memeluk Islam.
Muhammad Ali mungkin telah melakar banyak kejutan sepanjang kariernya yang hebat, namun kejutan sebenar yang dilakukan legenda tinju dunia itu adalah apabila dia memilik untuk memeluk Islam pada 1964, hanya dua hari selepas bergelar juara dunia buat kali pertama.
Menggunakan nama Cassius Marcellus Clay Jr., yang mewakili penentangan terhadap penghambaan di Amerika Syarikat, Ali bagaimanapun menukar kepada nama Islam selepas menjalin kerjasama dengan Nation of Islam sebuah pertubuhan yang membantu membaiki gaya hidup masyarakat kulit hitam.
Pada mulanya, pengumuman mengejut Ali untuk memeluk Islam sukar diterima masyarakat barat, malah dalam kalangan media mereka tetap menggunakan nama Cassius dan enggan menyebut nama Muhammad Ali dalam artikel mereka.
Ali pernah mendedahkan tentang hasrat menggunakan populariti yang ditempa untuk mendedikasikan diri kepada Allah dan melakukan kebaikan selain menyatukan manusia selepas menamatkan karier dalam sukan itu.
Perkara itu didedahkan menerusi satu wawancara televisyen di Newcastle, England pada 1977, kira-kira empat tahun sebelum bersara, apabila Ali diajukan soalan oleh seorang peminat cilik yang menyentuh tentang perancangannya selepas bersara daripada dunia tinju.
“Bersedia untuk bertemu Allah,” jawab petinju itu dengan penuh ketenangan dan keyakinan.
Sambil menyentuh tentang soal kepercayaan agama dalam kalangan penonton, Ali tidak teragak-agak menolak peluang kekayaan yang boleh diperolehi daripada bidang pelaburan dalam bidang hartanah, perniagaan atau mengajar tinju kerana baginya kemewahan tidak akan membawanya ke syurga.
Tambahnya, dia akan sedaya upaya untuk membantu orang lain kerana Allah sentiasa memerhati setiap tindak-tanduknya.
“Allah tidak kisah tentang saya menewaskan Joe Frazier.
“Begitu juga England atau Amerika Syarikat (AS) seperti yang dibimbangi kita, sebaliknya Allah hanya menilai bagaimana kita membantu satu sama lain.
“Saya mahu mendedikasikan seluruh kehidupan saya membantu pusat kebajikan, membantu orang lain, menyatukan masyarakat dan menjadikan dunia ini lebih aman.
“Jika saya mati, dan masuk ke syurga, saya mahu melihat hasilnya,” katanya.
Ternyata Ali menetapi janjinya apabila menggunakan kemashyuran tersebut menerusi anak perempuannya, Hana Ali untuk mempromosikan keamanan, toleransi dan nilai kemanusiaan di seluruh dunia.
• Nama : Mohammad Ali (sebelum masuk Islam pada 1964, dikenali sebagai Cassius Marcellus Clay Jr.)
• Gelaran : The Greatest (Yang Terhebat)
• Tarikh Lahir : 17 Januari 1942
• Tempat Lahir : Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
• Isteri : Yolanda Williams
• Anak: Laila Ali, Rasheda Ali, Hana Ali, Asaad Amin (anak angkat), Maryum Ali, Jamillah Ali, Khaliah Ali, Muhammad Ali Jr., Miya Ali
• Kerjaya : Peninju (bersara pada 1981)
• Rekod Kerjaya : 56 kemenangan, 37 daripadanya menerusi knock-out dan hanya tewas lima kali
• Pencapaian Terbaik : Juara tiga kali Kejohanan Heavyweight Dunia.
• Anugerah Terbaik : Atlet Lelaki Terbaik Abad ke-20