Pasangan bahagia Fasha Sandha dan Aidil Azizi telah selamat melangsungkan perkahwinan pada March 2019. Perkahwinan pelakon kesayangan ramai ini tular apabila mereka memilih tema kampung untuk majlis resepsi kedua.
Fasha yang berkahwin kali ke dua dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima dari perkahwinan pertamanya.
Pasangan bahagia Fasha Sandha dan Aidil Azizi ini dilihat sering melakukan pelbagai aktiviti bersama dan tampak bahagia.
Fasha dan anak-anak kelihatan bahagia dengan kehadiran aidil sebagai bapa baru kepada anak-anaknya. Aidil juga mencuri tumpuan apabila kelihatan begitu mesra dan rapat dengan anak-anak fasha.
Baca: Biodata Fasha Sandha
Terkini, Fasha merakam sebuah video yang mana Aidil sedang solat berjemaah dengan anaknya. Video itu telah tular di laman sosial dan netizen sebak dengan keakraban keluarga berkenaan.
Fasha juga lebih kelihatan bahagia disamping suaminya dan sikap kebapaan Aidil begitu terserlah kerana keluarga bahagia ini dilihat begitu bahagia walaupun mereka kelihatan bersederhana.
Sebelum mereka sah sebagai suami isteri, tampak seperti Aidil telah mesra dan rapat dengan kedua anak-anak Fasha.
Sebelum ini ada netizen yang meninggalkan komen yang mengecam pasangan ini kerana terlalu mesra meskipun belum sah menjadi suami isteri.
Namun, setelah sah sebagai suami isteri, ramai netizen meninggalkan komen yang baik dan mendoakan supaya mereka sentiasa bahagia dan diberkati.
Menerusi video yang telah dirakam oleh Fasha itu, kelihatan anaknya begitu teruja mahu solat berjemaah dengan bapa baru mereka itu.
“Anak excited nak solat jemaah dengan ayah”.
Menerusi video yang berdurasi 55 saat itu, kelihatan Aidil sedang solat berjemaah bersama anak perempuan tirinya iaitu Putri Raysha Jemaima.
Menurut Fasha, video itu diambil secara diam-diam yang memperlihatkan anaknya yg masih lagi kecil teruja mahu solat bersama. Anaknya tanpa perlu disuruh oleh sesiapa secara sendiri mahu solat berjemaah bersama bapa tirinya itu.
Rata-rata netizen memuji Aidil kerana menjaga solat dan mereka mendoakan Aidil menjadi suami terbaik buat Fasha. Aidil juga dikatakan menjadi contoh yang baik bagi kedua anak-anak Fasha.
Rata-rata netizen memuji sikap Aidil yang bertanggungjawab.
Semoga Rayfal & Jemyma menajdi anak yang soleh & solehah
Pingback: Biodata Fasha Sandha, Isteri Aidil Aziz | YOY Network