Kisah Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai apabila dia dibawa terbang jauh ke hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun 2019 bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut.
Dalam perkembangan terbaru, menerusi muat naik video di Instagram ibu Ainul iaitu, Nurul Erwani, memaparkan Ainul buat pertama kalinya menyebut ‘mama’.
Hampir mencecah usia dua tahun, sudah semestinya itulah perkataan yang dinanti-nanti oleh ibu Ainul Mardhiah. Kata Nurul Erwani di dalam kapsyennya, saban hari Ainul berusaha untuk menyebut ‘mama’.
“Setiap hari latih Ainul untuk panggil mama. Alhamdulillah akhirnya keluar juga perkataan mama tu…”
Melihat Ainul membesar dengan sihat, rata-rata netizen juga meluahkan rasa syukur dengan perkembangan positif bayi kesayangan rakyat Malaysia itu.
Semoga Ainul akan terus sihat, dan membesar menjadi seorang insan yang berguna yang mampu menjadi inspirasi buat ramai orang.
Kisah Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai apabila dia dibawa terbang jauh ke hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun 2019 bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut.
Pembedahan itu berjaya dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diketuai Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain turut dibantu pelatih pakar bedah UK, Dr Nur Amalina Che Bakri.