Connect with us

Semasa

[VIDEO] Akhirnya Masjid Nabawi Dibuka Semula, Jemaah Beratur Panjang Mahu Tunaikan Solat

Pihak Kerajaan Arab Saudi telah memaklumkan bahawa ibadah haji dan umrah akan kembali dibuka buat umat Islam.

Terdahulu, Kota Makkah dan Madinah terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk mengelakkan sebarang penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Facebook, pintu Masjid Nabawi telah kembali dibuka oleh petugas masjid bagi menyambut kembali kedatangan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji & umrah di kota suci itu.

Dapat dilihat para jemaah tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat di masjid tersebut bagi meraikan pembukaan Masjid Nabawi.

Jemaah menunaikan solat dengan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan sosial yang ditetapkan bagi mengelak sebarang sentuhan.

Ternyata pemandangan indah tersebut sangat menyentuh hati kerana selepas hampir beberapa bulan masjid tersebut ditutup untuk orang luar.

Ia menjadi kerinduan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini akhirnya kembali dibuka untuk beribadah.

Walau bagaimanapun, pohak Masjid Nabawi turut memaklumkan pintu masuk yang dibuka kepada jemaah dan pintu yang masih ditutup untuk laluan bagi memudahkan pengunjung mengetahui jalan untuk memasuki tempat suci itu.

“Jemaah lelaki dibenarkan masuk melalui Pintu 4 Al Hijrah, Pintu 5 Quba, Pintu 10 Imam Al-Bukhari, Pintu 21 King Fahd, Pintu 34 King Abdulaziz, Pintu 37 Makkah manakala Pintu Salam ditutup.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.