Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Aksi Anak-anak Michael Excited Mahu Ayah Melamar Sharifah Sakinah Buat Peminat Teruja

Sharifah Sakinah atau nama sebenar beliau Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengacara.

Nama beliau bukanlah asing lagi dalam industri apabila beliau sering berkongsi perkembangan terbarunya bersama peminat di media sosial.

Sharifah Sakinah jalin hubungan cinta dengan Michael Hansen

Cerita mengenai Sharifah Sakinah sering tular di media sosial kebelakangan ini selepas pelakon ini berkongsi mengenai kekasih hatinya.

Difahamkan, pelakon ini sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan jejaka Sweden iaitu Michael Hansen sejak beberapa bulan lalu.

Sharifah Sakinah didakwa rampas suami orang

Desas-desus sebelum ini terdapat segelintir individu mempersoalkan hubungannya dengan Michael Hansen selain mendakwa dia sebagai ‘perampas’ suami orang.

Walaubagaimanapun, pelakon ini tidak melatah dengan dakwaan tersebut dan hal itu telah disangkal oleh Sakinah sendiri.

Anak-anak Michael teruja bila bapa mereka mahu lamar Sharifah Sakinah

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Sakinah juga ada berkongsi sebuah video memaparkan anak-anak kekasihnya sedang berceloteh antara satu sama lain berkenaan perkahwinan dia dan Michael.

Dalam rakaman video tersebut, kanak-kanak berkenaan bertanya bilakah bapa mereka akan melamar Sharifah Sakinah.

Reaksi Michael hanya garu kepala dan tersenyum

Namun, Michael tidak memberi sebarang jawapan malah hanya menggaru kepala dan tersenyum melihat keletah anak-anaknya.

Tidak dapat dinafikan lagi, sungguh comel si cilik ‘bakal’ anak-anak tiri Sakinah itu dimana netizen juga turut terhibur menonton reaksi mereka berdua.

Langsungkan perkahwinan pada Mei akan datang

Terdahulu, pasangan tersebut dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan pada Mei akan datang.

Apa pun yang terjadi, bersangka baik sahajalah dan doakan mereka cepat mendirikan rumah tangga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dan mendoakan semoga pasangan ini dipermudahkan urusan mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Video anak-anak Michael teruja

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.