Connect with us

Semasa

[VIDEO] Aksi Padu Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut, Netizen Puas Hati

Menerusi satu video yang tular di laman sosial, satu kejadian ragut yang dipercayai di Johor telah berjaya dirakam.

Perbuatan terkutuk itu berjaya dirakam oleh CCTV dan jelas kelihatan apa yang sedang berlaku ketika kejadian.

Tular video seorang wanita diragut

Video tersebut memaparkan seorang penunggang motosikal cuba meragut seorang wanita yang sedang berjalan kaki di tepi jalan.

Menerusi satu perkongsian CCTV yang tular di Facebook sejak pagi tadi, video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

Seorang Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan menjadi hero

Apa yang menarik adalah, jelas kelihatan peragut tersebut diterajang oleh salah seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika cubaan melarikan diri.

Pada awalnya peragut berjaya meloloskan diri, namun kemunculan pegawai PBT ditempat kejadian menyukarkan peragut tersebut melolosan diri.

Aksi tendangan padu pegawai PBT 

Peragut selepas itu bergelut dan terjatuh sebelum ditendang sehingga terpelanting oleh pegawai PBT yang berada di kawasan tersebut.

Malah, aksi ragut dan tendangan padu yang dirakam itu boleh dilihat bermula di saat ke 15 di perkongsian video di bawah.

Tindakan spontan dan pantas lelaki yang dipercayai pegawai penguatkuasa itu kemudiannya menerima pujian daripada netizen.

Video tersebut mendapat 600, 000 tontonan

Selain itu, perkongsian video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih dari 600, 000 tontonan di Facebook.

Rata-rata netizen berpuas hati melihat tendangan padu dan ketangkasan pegawai PBT  tersebut.

Tindakan pantas pegawai tersebut dipuji

Di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen bersetuju dengan tindakan pantas yang berjaya menghalang lelaki itu untuk melarikan diri.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada semua dan berhati-hati dengan peragut ketika berjalan di tempat awam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.