Semalam dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi yang pernah popular pada satu ketika, Mya Ruslee ataupun biasanya dikenali sebagai Maya Matahari.
Sedih dengan pemergian tersebut, pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya.
Menurut Amyza, dia memaklumkan bahawa dia sudah lama mengetahui kesakitan yang dialami penyanyi yang sinonim menerusi lagu Matahari itu.
“Ya Ayalija.. Masa ni siapa pun tak tahu Aya sakit kan. Tapi harini Aya dah tak sakit lagi kan.
“Aku tunaikan amanah aku pada kau. Rahsiahkan sakit kau. Tapi hari ni pls bg aku jmp kau,”
Bersama-sama luahan tersebut, Amyza memuat naik video dinyanyikan Mya atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari ketika menyampaikan lagu Hilangkan Segalanya nyanyian asal Farawahida di minggu kedua GV5.
Amyza juga sempat menziarahi jenazah sebelum dikebumikan dan meluahkan rasa kesedihannya.
“Terima kasih sahabat,kau tunggu aku dan dd org terakhir sampai.terubat rindu…Walaupun hanya dpt berbicara dgn jasad..
“13 tahun aku tak jmpa kau…. Info terkini: jenazah telah dipindahkan dari park city medical centre ke PPUM. dam skrg kenazah telah selamat sampai ke hospital PPUM.
“Segala urusan akan dilakulan esok pagi dan jenazah akan di bawa pulang ke kampung halaman, machap,johor.”
Rata-rata peminat berkongsi kesedihan Amyza dan mengucapkan takziah buat keluarganya.
Terdahulu, Mya Ruslee, 43, meninggal dunia selepas pulang dari China bagi menjalani rawatan di sana dipercayai akibat kanser.
Penyanyi dan penyampai radio, Haiza dilaporkan mengesahkan berita itu memberitahu, dia masih menunggu maklumat terperinci mengenai kematian arwah.
“Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini.
“Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya,” katanya.
Haiza tahu temannya itu menderita kanser dan menjalani rawatan di China.
“Saya diberitahu arwah baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di negara itu,” katanya yang kali terakhir bertemu Maya ketika dimasukkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, akhir tahun lalu.
Sementara itu, sahabat baik arwah, Ieda memberitahu, Maya kembali daripada menjalani rawatan di China, kira-kira tiga minggu lalu.
Mya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee popular pada era 1990-an dengan lagu Matahari dan Diari Biru.